Page 101 - BUKU TEKS SK T4
P. 101
Kawalan Ulangan For
Kawalan for berulang untuk bilangan kali tertentu. Ini ditentukan oleh
pemboleh ubah pembilang yang bermula dengan nombor indeks tertentu
seperti 0 atau 1. Nombor indeks akan ditambah secara automatik pada
akhir blok penyataan. Penambahan biasanya bernilai 1 tetapi boleh
Conditionals and Loops ditetapkan di bahagian penambahan. Penambahan ini akan dibuat setiap
goo.gl/rSPeZY
kali blok kenyataan telah diulang dan akan berlanjutan sehingga syarat
boolean berulang menjadi tidak benar.
Carta alir Sintaks
Mula
for(pemula ; penamat;
penambah) {
SET PEMBILANG dengan <Blok penyataan
NILAI_MULA. yang perlu diulang>
}
Kemas kini
PEMBILANG
Kumpulan
penyataan yang
perlu diulang
SEMAK adakah Benar
PEMBILANG <
NILAI_HENTI?
Palsu
Tamat
Rajah 1.35 Carta alir dan sintaks untuk kawalan ulangan for
• pemula:Pengisytiharan pemboleh ubah pembilang dengan nilai mula. Pembilang mengesan
bilangan ulangan.Sebagai contoh, int i=1; mengisytiharkan i sebagai pemboleh ubah pembilang
dan pengiraan bermula dengan 1.
• penamat:Ungkapan yang menjadi syarat untuk menghentikan gelung. Sekiranya pemboleh
ubah yang diisytiharkan dalam pemula adalah i, maka dalam penamat, tuliskan ungkapan i<=10
sekiranya ulangan dibenarkan sehingga pusingan ke-10. Bagaimanakah sekiranya ulangan
dibenarkan sebanyak 100 kali?
• penambah: Ungkapan untuk mengemaskinikan nilai pemboleh ubah pembilang pada setiap gelungan.
Suatu nilai integer, biasanya 1, ditambahkan kepada pembilang selepas setiap ulangan. Sebagai
contoh, ungkapan i++; menambah 1 kepada pembilang. Ini juga boleh ditulis sebagai i=i+1;
Sains Komputer Tingkatan 4
92

