Page 97 - BUKU TEKS SK T4
P. 97
? Operator Logikal OR
Tahukah Operator logik OR digunakan apabila dua atau lebih syarat boolean perlu
Anda digabungkan dan hanya salah satu syarat boolean perlu benar. Operator
Cara yang mudah untuk logikal OR ditulis menggunakan simbol '||'. Mari kita bandingkan operator
mengingati logik AND ini dengan operator logikal AND.
dan logik OR.
AND : Apabila anda Contoh 33
inginkan semua menjadi
betul Baju yang dijemur perlu diangkat apabila hari sudah malam atau akan hujan.
OR: Apabila anda hanya Tulis atur cara bagi situasi yang diberikan.
inginkan satu sahaja
public class Contoh33{
menjadi betul.
public static void main(String[] args){
Cuba cara ini untuk
boolean malam=true;
mengingati logik AND
boolean hujan=false;
dan logik OR.
if (malam || hujan)
System.out.println("Angkat baju.");
}
}
Contoh output:
Jelaslah di sini bahawa cuma salah satu syarat boolean diperlukan dan tidak
semestinya kedua-dua syarat boolean perlu dipenuhi. Lihat Jadual 1.11.
Jadual 1.11 Contoh penggunaan operator OR
markah>=0 markah<=100 markah>=0 || markah<=100
False False False
False True True
True False True
True True True
Operator Logikal NOT
Jadual 1.12 Jadual Operator logikal NOT menukarkan nilai boolean kepada lawannya.
kebenaran operator NOT Katakan pemboleh ubah x ialah jenis boolean. Nilai x adalah False. Oleh
itu, NOT x adalah True. Bagaimanakah pula jika nilai asal x adalah True? Ini
x NOT x
bermaksud NOT x adalah False. Lihat jadual kebenaran pada Jadual 1.12
TRUE FALSE yang merumuskan kegunaan operator NOT.
FALSE TRUE Operator logikal NOT diletakkan sebelum syarat boolean untuk
menukarkan status kepada lawannya. Operator NOT ditulis menggunakan
simbol ‘!’. Sebagai contoh, markah >= 40 menunjukkan murid lulus.
Apabila NOT ditambah (!markah >=40), maksud penyataan tersebut
berubah dan akan menunjukkan murid gagal.
Sains Komputer Tingkatan 4
88

