Page 104 - BUKU TEKS SK T4
P. 104

4  Murid diminta berjalan ke papan putih, menulis "Hello dunia!", berjalan ke arah kerusi dan kemudian
                    berpatah balik ke arah guru.
                  5  Murid akan bertanya kepada guru jika dia dibenarkan berhenti. Guru akan bertanya kepada kelas
                    berapa ulangan yang sudah dilakukan murid tersebut.
                  6  Jika murid  lain tidak membenarkan untuk  berhenti, guru akan mengarahkan murid tersebut
                    mengulang setiap langkah sebelumnya semula.
                  7  Apabila kelas bersetuju bahawa murid ini sudah mencapai bilangan kali yang dikehendaki, benarkan
                    murid balik ke tempat duduk dan permainan ditamatkan. Persoalannya:
                    (a)  Berapakah bilangan minimum ulangan yang dapat dibuat?
                    (b)  Berapakah bilangan maksimum ulangan yang dapat dibuat?
                    (c)  Apakah syarat yang membenarkan pengulangan?
                    (d)  Dalam keadaan apakah murid tidak dibenarkan mengulang dan permainan ditamatkan?
                    (e)  Adakah bilangan ulangan perlu diketahui terlebih dahulu?








                 Kawalan Ulangan While
                 Kawalan ulangan while membuat ujian terlebih dahulu ke atas input. Jika input memenuhi syarat
                 boolean, blok arahan dalam gelung akan dilaksanakan. Jika syarat tidak dipenuhi, kawalan ulangan
                 akan berhenti dan kawalan akan bergerak ke baris arahan selepas kawalan ulangan. Rajah 1.36
                 menunjukkan kawalan ulangan while.




                                    Carta alir                                 Sintaks


                                                 Mula






                                                                   while (<syarat boolean>){
                                                                   <Blok kenyataan berulang>
                         Blok                   Masih              }
                      kenyataan                 benar?
                       berulang       Benar
                                                   Palsu


                                                Tamat



                                        Rajah 1.36 Carta alir dan sintaks untuk kawalan ulangan while


                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                   95
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109