Page 107 - BUKU TEKS SK T4
P. 107

Kerja Berkumpulan
                                22    Struktur Kawalan Ulangan While

                Lakukan aktiviti yang berikut.
                1  Pilih seorang murid. Murid diminta berdiri di satu penjuru papan hitam. Berikan sebatang kapur putih.
                2  Guru akan berdiri di antara murid dan papan hitam. Fikirkan syarat baharu dan umumkan kepada
                   kelas. Sebagai contoh, umumkan bahawa guru ingin melihat ayat "Hello dunia!" 6 kali di atas papan
                   hitam.
                3  Di satu penjuru yang lain, letakkan sebuah kerusi.
                4  Murid akan meminta kebenaran untuk menulis "Hello dunia!" daripada guru. Guru boleh bertanya
                   kelas adakah ayat "Hello dunia!" belum mencukupi.
                5  Jika kelas berkata ya, murid tadi dibenarkan berjalan ke papan hitam, menulis "Hello dunia!", dan
                   kemudian berjalan mengelilingi kerusi dan kemudian berpatah balik ke penjuru asal.
                6  Guru akan menyemak syarat sekali lagi. Jika penyemakan adalah benar, murid diminta mengulangi
                   langkah-langkah sebelumnya.
                7  Sekiranya tidak mematuhi syarat, murid diminta balik ke tempat duduk dan permainan ditamatkan.
                8  Minta murid-murid memikirkan perkara berikut dan membuat kesimpulan:
                  (a)  Bilangan minimum ulangan yang boleh dibuat. Adakah mungkin tiada langsung?
                  (b)  Bilangan maksimum ulangan yang boleh dibuat.
                  (c)  Apakah syarat yang membenarkan pengulangan?
                  (d)  Dalam keadaan apakah murid tidak dibenarkan mengulang dan permainan ditamatkan?
                  (e)  Adakah bilangan ulangan perlu diketahui terlebih dahulu?



                       ?

                Tahukah
                Anda

                Gelung Infiniti/Gelung Tanpa Henti
                Adakah terdapat sebarang kemungkinan bahawa blok kenyataan dalam gelung akan berulang tanpa henti? Selagi
                syarat boolean yang diuji menghasilkan keputusan ya, maka gelung akan berulang lagi. Oleh hal yang demikian,
                gelung tersebut dipanggil gelung infiniti. Gelung infiniti bukan perkara yang baik dan perlu dielakkan.
                Pastikan syarat boolean yang diuji sentiasa dikemas kini dalam blok kenyataan yang diulang supaya ujian syarat
                boolean akan menghasilkan keputusan tidak benar kelak.
                Contoh gelung infiniti:
                                   Carta alir                                 Sintaks




                                  Benar                            while(benar)
                                                                   System.out.println("Gelung
                                                                 enggan berhenti");

                             Blok kenyataan
                                berulang


               Namun begitu, kata kunci break dan kawal pilihan if-then boleh digunakan untuk menghentikan gelung infiniti.

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 98
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112