Page 122 - BUKU TEKS SK T4
P. 122
1.5.1 Jenis Ralat dalam Atur Cara
Ralat
Ralat mungkin ditemui apabila anda menjalankan atur cara bagi projek
pertama anda. Ralat yang sering berlaku semasa proses pengaturcaraan
terbahagi kepada tiga jenis iaitu sintaks, masa larian dan logik.
Berikut akan diterangkan dengan lebih terperinci jenis-jenis ralat dan
faktor penyebabnya.
Masa Larian
Ralat Sintaks
Ralat sintaks merujuk ralat yang berlaku akibat perkara Sintaks Logik
yang berikut:
a Kesalahan tatabahasa seperti salah ejaan dan tatatanda. Rajah 1.42 Jenis-jenis ralat
dalam pengaturcaraan
b Penggunaan objek atau aksara yang tidak dikenali.
Contoh 49
public class HelloMalaysia {
public static void main (String[] args){
System.out.println("Hello Malaysia!");
Ralat Sintaks
}
Exception in thread "main" java.lang.Error: Unresolved
compilation problem:
Syntax error, insert "}" to complete ClassBody
at HelloMalaysia.main(HelloMalaysia.java:9)
Contoh atur cara yang mengandungi ralat sintaks
Untuk rajah di atas, apakah yang menyebabkan atur cara tersebut mempunyai ralat sintaks? Cuba anda
perhatikan dengan teliti kod atur cara tersebut. Fahami mesej ralat yang cuba disampaikan.
Apabila anda perhatikan, satu tatatanda “ } “ telah hilang. Tatatanda “ } “ yang ada hanya untuk menutup
satu tatatanda “ { “ pada “public class HelloMalaysia”. Manakala pada kaedah utama “public
static void main (String[] args)” tidak diakhiri dengan tatatanda “}“. Rajah di
bawah telah dilengkapkan dengan tatatanda “{}”.
public class HelloMalaysia {
public static void main (String[] args){
System.out.println("Hello Malaysia!");
}
} Tatatanda telah dilengkapkan
Contoh atur cara mengandungi ralat sintaks tatatanda yang telah dibetulkan
BAB 1 PENGATURCARAAN
113

