Page 125 - BUKU TEKS SK T4
P. 125
Contoh 52
Rajah di bawah menunjukkan kod atur cara bukan bebas ralat untuk mengira purata tiga nombor.
Bolehkah anda kenal pasti pada bahagian mana yang mungkin akan berlakunya ralat masa larian? Mari kita
semak bersama-sama.
public class HelloWorld {
public static void main(String[] args) {
int a, b, c, d;
a = 3;
b = 5;
c = 10;
d = (a + b + c)/0;
System.out.println(d);
}
}
Contoh atur cara bukan bebas ralat masa larian (Pembahagian dengan digit 0)
Selepas atur cara ini dijalankan, mesej ralat seperti rajah di bawah akan terpapar. Apakah yang berlaku?
Cuba anda perhatikan pada formula yang digunakan. Pembahagian tiga nombor tersebut adalah dengan
digit 0, iaitu merupakan salah satu faktor kepada berlakunya ralat masa larian.
Exception in thread "main" java.lang.ArithmeticException: / by zero
at Purata_Tiga_Nombor.main(Purata_Tiga_Nombor.java:10)
Contoh mesej ralat masa larian (Pembahagian dengan digit 0)
Contoh 53
Ralat masa larian juga berlaku sekiranya kesalahan dilakukan semasa mencari punca kuasa dua
untuk nombor negatif. Seperti yang kita sedia maklum nombor negatif tidak mempunyai punca kuasa.
Lihat rajah di bawah. Output yang akan keluar adalah seperti yang ditunjukkan.
public class Punca_Kuasa_Dua {
public static void main(String[] args) {
int x = 9;
int y = -25;
System.out.println("\n" + Math.sqrt(x));
System.out.println(Math.sqrt(y));
}
}
Contoh atur cara bukan bebas ralat masa larian (Mencari punca kuasa dua nombor negatif)
Sains Komputer Tingkatan 4
116

