Page 124 - BUKU TEKS SK T4
P. 124

Ralat Masa Larian
                 Ralat masa larian ialah ralat yang ditemui ketika atur cara yang sedang
                 berjalan terganggu akibat beberapa  faktor. Ralat  ini  berlaku  sekiranya   Inovasi Sains
                 pengatur cara cuba untuk melaksanakan operasi aritmetik yang mustahil.   Komputer
                 Contohnya seperti yang berikut:

                  a  Pengiraan data bukan berangka (non-numerical)
                  b  Pembahagian dengan digit 0
                  c  Mencari punca kuasa dua bagi nombor negatif
                                                                                    Robot direka oleh ASUS
                                                                                    untuk menjadi teman
                  Contoh  51                                                        digital kepada warga tua.
                 Pengiraan data bukan berangka (non-numerical)                      https://www.zenbo.asus.
                 Ah Chong sedang menulis atur cara untuk mengira luas sebuah segi tiga.   com
                 Semasa membuat pengisytiharan pemboleh ubah, dia secara tidak sengaja
                 telah mengumpukkan pemboleh ubah "Tinggi" dengan  char x. Semasa
                 atur cara dijalankan, pengkompil telah mengeluarkan ralat masa larian.
                 Ah Chong memeriksa atur caranya dan mendapati pemboleh ubah “Tinggi”
                 telah diumpukkan dengan “x” dan bukannya nombor.


                  public class LuasSegitiga {
                      public static void main (String[] args){
                         // Pengisytiharan pemboleh ubah input
                         // dan output
                         int Tapak = 6;
                         int Tinggi = x;                Ralat Sintaks               Run-time Errors
                         double Luas;                                               http://goo.gl/6pMi06

                                 // Proses yang terlibat dalam penghitungan
                                 // luas segitiga
                                 Luas = (1.0 / 2) * Tapak * Tinggi;

                         //Paparan output
                         System.out.println ("Luas Segitiga ialah : "
                         + Luas);
                      }
                  }
                     Contoh atur cara bukan bebas ralat masa larian (Pengiraan data bukan berangka)


                   Exception in thread "main" java.lang.Error: Unresolved
                   compilation problem:
                      x cannot be resolved to a variable

                      at LuasSegitiga.main(LuasSegitiga.java:12)

                           Contoh mesej ralat masa larian (Pengiraan data bukan berangka)


                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                  115
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129