Page 131 - BUKU TEKS SK T4
P. 131

1.5.3    Mengenal Pasti Nilai bagi

                                                  Pemboleh Ubah pada

                                                  Bahagian Tertentu Atur Cara
                  Uji Minda
                Sekiranya anda
                memasukkan nilai input
                8 sebagai nilai jejari   Pemboleh ubah digunakan untuk menyimpan data input dan data output.
                untuk sebuah silinder   Dalam pengaturcaraan, pemboleh ubah digunakan sebagai pemudah
                dengan ketinggian 12 cm,   cara bagi komputer untuk menerima, menghantar, memproses dan
                berapakah nilai pemboleh   menyebabkan operasi terhadap sesuatu input.
                ubah output bagi isi padu
                silinder tersebut?         Sekiranya pengguna memasukkan nilai pemboleh ubah yang diingini,
                                       pemproses akan memproses nilai data input itu dan mengeluarkan
                                       suatu nilai baharu iaitu output. Untuk mengira luas bulatan, murid boleh
                                       memasukkan sebarang nilai sebagai pemboleh ubah input ke dalam
                                       formula πj . Sekiranya murid memasukkan nilai input 5 sebagai nilai jejari,
                                                2
                                       pemproses akan melaksanakan pengiraan iaitu πj  atau 3.142 * 5 * 5 dan
                                                                                  2
                                       output yang terhasil ialah 78.55. Oleh itu, nilai bagi pemboleh ubah input
                                       ialah 5 dan nilai bagi pemboleh ubah output ialah 78.55.


                 Contoh  55


                        public class LuasBulatan {
                            public static void main(String[]args){

                                int jejari = 5;
                                double luasBulatan;
                                final double pi= 3.142;

                                luasBulatan = pi * jejari * jejari;

                                System.out.println("Luas bulatan ialah " + luasBulatan);
                            }
                        }
                                               Atur cara menghitung luas bulatan


                        Pemboleh ubah                    Input                       Ouput
                       Item pemboleh ubah                jejari                       luas



                     Nilai (Data pemboleh ubah)           5                           78.55







                        Sains Komputer Tingkatan 4
                122
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136