Page 135 - BUKU TEKS SK T4
P. 135

Pemboleh Ubah yang Bermakna
                                       Semasa menulis atur cara, pengatur cara perlu memikirkan nama
                Inovasi Sains          pemboleh ubah yang mempunyai ejaan yang ringkas dan bermakna dalam
                  Komputer             atur cara yang sedang dilaksanakan. Rujuk contoh 58.



                                       Inden
                                       Inden merujuk cara penulisan atur cara yang memudahkan pembacaan.
                                       Pembacaan atur cara akan dimulakan dengan inden iaitu barisan teks
                                       berada di beberapa kedudukan aksara ke dalam, dari jidar kiri atau kanan
               Anda boleh layari
               laman sesawang untuk    halaman. Rujuk rajah pada contoh 58.
               menetapkan inden bagi
               kod atur cara anda
               https://goo.gl/CNlMC8



                 Contoh  58
               Untuk menghitung luas segi tiga, formula yang digunakan ialah “1/2 * p * q”. Sekiranya pengatur cara hanya
               mengisytiharkan pemboleh ubah yang perlu digunakan sebagai p dan q sahaja, nama pemboleh ubah
               tersebut tidak bermakna. Tetapi sekiranya pengatur cara menggunakan nama pemboleh ubah tapak dan
               tinggi, maka pengatur cara lain senang untuk memahaminya.




                                 /* Program menghitung luas segitiga*/
                                 public class LuasSegitiga {
                                     public static void main (String[] args){
                                         /**Pengisytiharan pemboleh ubah input dan output*/
                                         int Tapak = 6;
                                         int Tinggi = 4;      Pemboleh ubah yang bermakna
                    Inden                double Luas;


                                                // Proses yang terlibat dalam penghitungan
                                                // luas segitiga
                                                Luas = (1.0 / 2) * Tapak * Tinggi;

                                         //Paparan output
                                         System.out.println ("Luas Segitiga ialah : "
                                         + Luas);
                                     }
                                 }


                                  Penggunaan nama pemboleh ubah yang bermakna dan penggunaan inden






                        Sains Komputer Tingkatan 4
                126
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140