Page 129 - BUKU TEKS SK T4
P. 129

3.   Pastikan nama pemboleh ubah yang diisytiharkan adalah sama
                                           dengan nama pemboleh ubah yang akan dipanggil balik dalam
                                           atur cara.  Yang dimaksudkan adalah sama dari segi ejaan dan
                                           penggunaan huruf kecil dan huruf besar. (INGAT! Dalam pengaturcaraan
                                           Java, penggunaan huruf kecil dan huruf besar adalah kes sensitif.)

                                           Kita  dapat  mengesan kesalahan dalam atur cara seperti  contoh
                                           yang berikut:

                            Kenal pasti Jenis Ralat                       Pembaikan Ralat

                1  Ralat Sintaks                           int jejari = 5;
                int jejari = 5

                double luasBulatan;
                System.out.println("Luas bulatan ialah "  System.out.println("Luas bulatan ialah "
                +  luasbulatan );                          +  luasBulatan );
                                                      Penerangan
                •  Setiap baris atur cara yang lengkap akan diakhiri dengan simbol “;”.
                  Pengisytiharan pemboleh ubah  int jejari  = 5 tidak diakhiri dengan simbol “;”.
                •  Luas bulatan diisytihar sebagai double luasBulatan; iaitu ejaan Bulatan berhuruf besar, tetapi di dalam baris
                  atur cara output, System.out.println("Luas bulatan ialah " + luasbulatan), Bulatan dieja menggunakan
                  huruf kecil.


                                       4.   Setelah ralat dikenal pasti, ralat sintaks boleh dibaiki.
                                       5.   Setelah  mengesan dan membaiki ralat sintaks, atur cara dapat
                                           dijalankan tetapi jawapan pada paparan output tidak tepat.
                Aplikasi Harian            Lihat Rajah 1.43(c).
                Pembelian tiket LRT
                di mesin tiket telah
                memudahkan para
                penumpang. Selain itu,
                tiket LRT juga boleh di
                beli secara atas talian.
                Pembelian atas talian
                telah diprogramkan untuk         Rajah 1.43 (c) Paparan data output luas bulatan yang tidak tepat
                mengelakkan kesesakan di
                mesin tiket.
                                           Jawapan tepat bagi luas bulatan dalam Rajah 1.43(a) ialah 78.55
                                       tetapi sistem memberikan jawapan 15.709 (Rajah 1.43(c)). Apakah yang
                                       berlaku?

                                       1.   Semak semula atur cara pada bahagian penggunaan formula.
                                       2.   Daripada  Rajah  1.43(a), kita dapat mengesan kesalahan dalam
                                           formula mengira luas bulatan.

                                 Ralat Logik                            Pembaikan Ralat Logik
                luasBulatan = pi * jejari;                 luasBulatan = pi * jejari * jejari;

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                120
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134