Page 166 - BUKU TEKS SK T4
P. 166

Penyelesaian:
                 Untuk menghasilkan jawapan hasilkan projek dengan nama projek PerisianKomputer. Gunakan nama pakej
                 perisianSaya. Gunakan nama class MyClass. Dalam MyClass, masukkan kod berikut:


                     package perisianSaya;
                     public class MyClass {

                         static java.util.Scanner scanner = new java.util.Scanner(System.in);
                         public static void main(String[] args){
                            String x;
                            x = getNama();
                            System.out.println("Salam sejahtera, " + x);
                         }

                         static String getNama(){
                            System.out.print("Masukkan nama: ");
                            return scanner.nextLine();
                         }
                     }




                    Perhatikan bahawa pengisytiharan  getNama() mesti mempunyai jenis data pulangan
                 String. Badan getNama()mempunyai penyataan return scanner.nextLine(); yang
                 memulangkan String. Dalam main(), nilai yang dipulang diumpuk kepada pemboleh ubah String
                 x. Penyataan umpukan adalah x = getNama();.

                                           Jadual 1.21 Contoh fungsi-fungsi ultiliti dalam Java

                           Sintaks Fungsi                               Penjelasan
                  Math.sqrt(double n)             Memulangkan hasil punca kuasa dua untuk nilai n.
                                                  Contoh:
                                                  Math.sqrt(100);
                  Math.floor(double n)            Memulangkan integer paling dekat tetapi kurang atau sama dengan nilai n.
                                                  Contoh:
                                                  Math.floor(2.7); memulangkan 2.
                                                  Math.floor(-2.7) memulangakan -3.
                  Math.round(double n)            Memulangkan nombor n setelah dibulatkan kepada integer terdekat.
                                                  Contoh:
                                                  Math.round(2.7); memulangkan 3.
                                                  Math.round(2.3); memulangkan 2.
                  Math.max(double m, double n)    Memulangkan nombor yang lebih besar antara m dan n.
                                                  Contoh:
                                                  Math.max(100,10); memulangkan 100.

                  Math.min(double m, double n)    Memulangkan nombor yang lebih kecil antara m dan n.
                                                  Contoh:
                                                  Math.min(100,10); memulangkan 10.

                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                  157
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171