Page 192 - BUKU TEKS SK T4
P. 192
Langkah 4: Menguji dan Menyah ralat
Setelah berjaya membina antara muka dan kod atur cara untuk ketiga-
tiga objek, uji setiap program yang telah dibangunkan. Untuk menguji
dan menyah ralat yang wujud dalam suatu atur cara yang dibangunkan,
langkah-langkah seperti yang berikut perlu dilakukan.
How to debug in Java?
a Masukkan input yang diperlukan, kemudian semak output yang goo.g1/gKW2Ts
dihasilkan. Jika wujud ralat, kita perlu menghapus/menyah ralat
dan membaikinya. Seterusnya, sistem perlu diuji semula untuk
memastikan atur cara adalah bebas ralat.
b Uji kesemua unit yang telah dibina, paparkan output aplikasi yang
telah dibina. Dapatkah aplikasi yang telah dibina menghasilkan output
seperti yang dikehendaki?
Rajah 1.75(f) Paparan menguji program dan output pengujian yang dijalankan
Langkah 5: Dokumentasi
Dokumentasikan setiap fasa proses mencipta aplikasi mencari luas objek
yang dipilih. Pamerkan hasil kerja anda dalam bentuk persembahan dan
bincang secara berkumpulan.
FASA AKTIVITI
Analisis Masalah
Mereka bentuk
penyelesaian
Melaksanakan
Penyelesaian
Pengujian dan menyah
ralat
BAB 1 PENGATURCARAAN 183

