Page 187 - BUKU TEKS SK T4
P. 187

Langkah 1: Fasa Analisis Masalah
                                       Masalah yang dikenal pasti merupakan satu atur cara untuk mencari luas
                                       objek iaitu sama ada bulatan, segi tiga atau segi empat. Atur cara ini
                                       perlu menyelesaikan masalah tersebut dengan murid memilih jenis objek,
                                       memasukkan input dan output akan dihasilkan berdasarkan objek dan
                                       input yang dimasukkan.
                                          Data yang perlu diketahui oleh murid ialah bentuk objek dan juga
                                       formula  untuk mencari  luas  objek  tersebut. Maklumat  lain  yang  perlu
                                       diketahui ialah maksud istilah seperti jejari, tinggi, tapak dan lebar.

                                                              Jadual 1.24  Analisis IPO
                                           INPUT                PROSES                    OUTPUT
                                         Pilihan objek  Dapatkan objek
                                         Lebar       Dapatkan lebar
                                                                                         Luas objek
                                                     Semak output gaji staf
                                         Tinggi                      1
                                                     Kirakan luas objek =  —  x lebar x tinggi
                                                                     2
                                       Langkah 2: Mereka Bentuk Penyelesaian

                                       Fasa ini boleh dimulakan dengan menulis pseudokod, diikuti dengan
                                       melakar  carta  alir  untuk  mereka  bentuk  penyelesaian  untuk  aplikasi
               Applet vs Application Java
                                       mencari luas objek.
               goo.gl/bf0FD6
                                        a  Menulis pseudokod untuk aplikasi mencari luas objek
                                        b  Membina antara muka bergrafik untuk membuat pilihan untuk mencari
                                           luas objek, selepas itu taipkan kod atur cara untuk setiap pilihan

                                        1. Mula
                                        2. Paparkan “Sila buat pilihan anda” dan
                                            nama 3 objek
                                        3. Input pilihan
                                        4. Jika pilih segi tiga, borang mengira luas segi
                                            tiga akan dipaparkan.
                                        5. Input lebar dan tinggi
                                        6. Luas =    1  x lebar x tinggi
                                                     2
                                        7. Papar luas
                                        8. Tamat

               Debugging
               goo.gl/BP6bCV


                                                    Antara aplikasi yang berjaya dikomersialkan oleh pembangun
                                                    aplikasi tempatan di Apps Store ialah unXT Sports (permainan)
                                         MalaysiaKu
                                                    oleh Just Mobile Sdb Bhd, Ganoo Jump (permainan) oleh
                                        Commix Arts Sdn Bhd, E-Sentral (e-book) oleh Xentral Methods Sdn Bhd dan
                                        YaHanana Club (hiburan) oleh CouponXcess Sdn Bhd.
                                        Sumber: http://www.kkmm.gov.my/
                        Sains Komputer Tingkatan 4
                178
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192