Page 206 - BUKU TEKS SK T4
P. 206

Contoh aspek kehidupan yang melibatkan simpanan pangkalan data:
                  •  Maklumat setiap rakyat disimpan dalam pangkalan data kerajaan.
                  •  Universiti mempunyai pangkalan data untuk menyimpan data
                    pensyarah, kursus dan pelajar.
                  •  Apabila membeli tiket penerbangan, maklumat penumpang dan
                    penerbangan disimpan dalam PD.                                  Top Ten Enterprise for
                  •  Pekerja di pasar raya mengimbas setiap barang yang dijual untuk   Database System
                    mencapai harga barang daripada pangkalan data.                  goo.gl/VCJaV3


                  2.1.1    Kepentingan Integriti

                            Data, Ketekalan Data dan

                            Kelewahan Data


                 Pangkalan data bukan koleksi data semata-mata. Pangkalan data
                 merupakan satu koleksi data yang disimpan dalam format piawaian
                 (standard) dan direka khusus supaya mampu untuk berkongsi data
                 dengan banyak pengguna secara efisien.

                  1  Format  piawai  membolehkan  data  disimpan  dan  dicapai  kembali
                    daripada mana-mana perkakasan dan sistem maklumat.
                                                                                            ?
                  2  Data yang disimpan dalam pangkalan data boleh digunakan kembali
                    oleh pengguna yang berbeza melalui sistem yang berbeza bagi      Tahukah
                    tujuan yang  berlainan. Sebagai contoh, data  warganegara dalam   Anda
                    pangkalan data Jabatan Pendaftaran boleh digunakan semula
                    apabila warganegara memohon pasport ataupun memperbaharui       Kementerian Pendidikan
                    lesen memandu.                                                  Malaysia juga
                                                                                    membangunkan satu
                  3  Simpanan data dalam pangakalan data adalah efisien kerana      pangkalan data untuk
                    format dan struktur data hubungan dikhususkan untuk simpanan    memudahkan para guru
                    sistematik dan capaian pantas serta fleksibel. Faktor lain ialah   memasukkan semua
                                                                                    maklumat murid dalam
                    perkakasan komputer pelayan yang menyokong operasi pangkalan    pangkalan data tersebut.
                    data, mempunyai spesifikasi tinggi bagi capaian kepada pangkalan   Kehadiran murid juga
                    data tersebut.                                                  dimasukkan melalui
                                                                                    sistem pangkalan data ini,
                    Umumnya, pangkalan data dikhususkan untuk menyimpan data        dan memudahkan para
                 manakala tafsiran data sebagai maklumat yang disempurnakan oleh    guru untuk mengetahui
                                                                                    para murid yang
                 sistem-sistem komputer yang dihubungkan kepada pangkalan tersebut.   mengalami masalah tidak
                 Data  yang  baik  diperlukan  untuk  menghasilkan  maklumat  yang  tepat   hadir ke sekolah. Malah,
                 dan bermakna. Ciri- ciri data yang disimpan dalam pangkalan data mesti   pelbagai borang yang
                 mencapai kualiti yang berikut:                                     berkaitan dengan guru
                 •  Integriti data                                                  dan murid juga boleh
                 •  Ketekalan data                                                  dimuat turun melalui
                                                                                    sistem pangkalan data ini.
                 •  Kelewahan data
                                                                             BAB 2 PANGKALAN DATA
                                                                                                  197
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211