Page 207 - BUKU TEKS SK T4
P. 207
Integriti Data (Data integrity)
• Integriti data bermaksud kesempurnaan, ketepatan dan kesahan data
(validation) serta merujuk ketepatan data yang sah melalui keseluruhan
kitaran hayat data.
• Untuk memastikan integriti data, input bukan sahaja mesti tepat tetapi
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
1 Integriti entiti: Jadual mempunyai sekurang-kurangnya satu atribut
data yang unik bagi setiap rekod. Contoh: Nombor murid mesti unik.
2 Integriti rujukan: Rekod-rekod dalam dua jadual yang berbeza boleh
dihubungkan melalui perkongsian atribut data yang sama. Sekiranya
tiada hubungan antara rekod, atribut tersebut dibiarkan kosong.
Sekiranya terdapat hubungan antara dua rekod tersebut, atribut
dalam kedua-dua jadual berkongsi nilai data yang sama.
3 Integriti domain: Atribut-atribut data dalam jadual mestilah betul
dengan berasaskan suatu domain masalah.
• Kenapa perlunya integriti data?
1 Data yang lemah integriti mungkin korup atau hilang. Data yang
korup ialah data yang terubah (secara tidak sengaja) daripada nilai
asalnya.
2 Integriti data bertujuan untuk mengelakkan perubahan yang tidak
sengaja kepada maklumat. Oleh itu, integriti data adalah penting
untuk memastikan tiada ralat dalam kemasukan data.
Contoh 1
Uji Minda Jika seorang murid didaftarkan dengan nombor pendaftaran murid, 123/16,
Berdasarkan Contoh 1, pangkalan data sepatutnya tidak membenarkan pendaftaran murid lain
bina suatu jadual yang dengan nombor pendaftaran yang sama (123/16). Ini menjamin bahawa
mempunyai nombor setiap rekod adalah unik dengan dengan mematuhi peraturan integriti.
pendaftaran peserta Kem
Kepimpinan Pengawas Nombor
dan nama peserta. Semak Pendaftaran Nama
jadual anda dan pastikan
integiri data anda
123/16 Adam bin Ali
terjamin.
124/16 Yap Ling Tzi
123/16 Fatihah bt Roslan
Contoh situasi integriti data yang tidak dipatuhi
Sains Komputer Tingkatan 4
198

