Page 210 - BUKU TEKS SK T4
P. 210

2  Pastikan anda mempunyai bilangan baris kosong yang mencukupi.
                     3  Cari lima orang rakan di dalam kelas dan minta butiran untuk diisikan dalam jadual.
                     4  Semak jadual anda.
                     5  Bincangkan dari segi integriti, kelewahan dan ketekalan data.
                       (a)  Adakah terdapat data yang berulang?
                       (b)  Adakah terdapat kemungkinan dua orang murid mempunyai nombor pendaftaran murid yang
                         sama?
                       (c) Adakah terdapat kemungkinan dua atau lebih murid mempunyai nama tingkatan dan nama
                         guru tingkatan yang sama?
                       (d)  Katakan guru tingkatan telah diganti. Berapa kalikah kemas kini perlu dibuat? Adakah terdapat
                         sebarang kemungkinan ketekalan data terganggu?
                       (e)  Katakan nama tingkatan ditulis sebagai 4 Sains, Empat sains, atauput 4 sains di baris-baris
                         yang berbeza. Adakah ini masalah integriti, kelewahan atau ketekalan?
                   Bahagian 2
                   Ulang aktiviti di atas menggunakan reka bentuk jadual yang baharu.
                     1  Gunakan dua keping kertas yang baharu. Lukis jadual berikut:

                             Nombor pendaftaran murid         Nama murid            Nama tingkatan
















                               Nama tingkatan            Nama guru tingkatan















                     2  Salin data-data ke dalam jadual-jadual yang baharu.
                     3  Bincangkan soalan berikut:
                       (a) Bagaimanakah data-data yang diagihkan kepada dua jadual dikaitkan semula? Adakah ini
                         integriti, kelewahan ataupun ketekalan?
                       (b)  Berbanding penggunaan reka bentuk jadual sebelumnya, adakah kelewahan sudah berkurang?
                         Adakah kelewahan ini dapat dikurangkan lagi?
                       (c)  Katakan  nama  guru  tingkatan  telah  diganti.  Apakah  yang  perlu  anda  lakukan  untuk
                         mengemaskinikan maklumat ini? Adakah reka bentuk jadual baharu membantu mengurangkan
                         ketekalan data?

                                                                             BAB 2 PANGKALAN DATA
                                                                                                  201
   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215