Page 295 - BUKU TEKS SK T4
P. 295

2.3.7    Mendokumentasikan Hasil Kerja



               Pangkalan data akan digunakan untuk jangka waktu yang lama selepas pembangunan. Pembangunan
               melibatkan pemasukan dan pencarian data. Struktur pangkalan data jarang diubah tetapi setelah
               tempoh tertentu, pengemaskinian ataupun perubahan struktur pangkalan data mungkin diperlukan
               untuk memenuhi keperluan dan objektif baharu. Akan tetapi, pembangun pangkalan data (database
               developer ) yang mengetahui reka bentuk pangkalan data mungkin telah ditukar.

                                                                      Pembangun
                                                        Dirujuk     pangkalan data  mengubah, menguji
                                                                                     Menghasilkan,
                                                          Dokumentasi
                                              Dokumen
                    Pereka bentuk   Dokumentasi  pangkalan                             Pangkalan
                    pangkalan data              data                                     data


                                                                   Pentadbir pangkalan  Mengisi, mencari, menggunakan,
                                                         Dirujuk
                                                                        data         mengkonfigurasi
                     Rajah 2.97  Mendokumentasikan kerja memudahkan pembangunan, pentadbiran dan pengubahan pangkalan data

                   Oleh itu, pentadbir pangkalan data perlu merujuk dokumentasi pangkalan data untuk memahami
               struktur. Pengubahan perlu dibuat secara optimum supaya tidak mengganggu integriti data asal.
               Bayangkan kesukaran yang bakal dihadapi sekiranya dokumentasi tidak dibuat sewaktu pembangunan
               pangkalan data?

                   Dokumentasi membantu kefahaman terhadap pangkalan data melalui analisis ke atas grafik,
               jadual dan spesifikasi teks. Umumnya, dokumentasi harus merangkumi perkara seperti yang berikut:

               (a)  Nama pangkalan data: Berikan butiran seperti tarikh, versi, pemilik dan pengguna pangkalan
                   data.

               (b)  Objektif pangkalan data: Gunakan teknik-teknik seperti soal selidik, temu bual, bengkel,
                   pemerhatian dan kajian dokumentasi daripada vendor ataupun persekitaran organisasi.
                   Contoh:

                   (i)  Pangkalan data membolehkan penyimpanan, pengemaskinian dan pencarian yang cekap ke
                     atas rekod pinjaman buku, senarai buku dalam perpustakaan dan rekod peminjam.

                   (ii) Pangkalan data menjamin integriti data supaya rekod yang dimasukkan dan dikemas kini dari
                     semasa ke semasa tidak akan hilang ataupun korup.

                   (iii) Pangkalan data boleh diguna pakai ataupun dikembangkan untuk keperluan ataupun aplikasi
                     baharu di masa hadapan.

               (c)  Rajah alir data (Data flow diagram ): Kenal pasti bentuk data dan arus data dalam proses
                   manual. Data-data yang diperlukan biasanya tercatat dalam dokumen atau formula. Hasilkan rajah
                   alir data.





                        Sains Komputer Tingkatan 4
                286
   290   291   292   293   294   295   296   297   298   299   300