Page 296 - BUKU TEKS SK T4
P. 296
ID peminjam Peminjam
permintaan
pinjaman Membuat No panggilan
Peminjam Buku
pinjaman
Pinjaman
ID peminjam, No
panggilan,tarikh pinjam,
tarikh pulang
Rajah 2.98 Rajah alir data (Data flow diagram)
(d) Kamus data (data dictionary ): Kamus data ialah katalog bagi semua atribut untuk digunakan
dalam pangkalan data. Kamus data mengandungi penjelasan terperinci untuk setiap atribut
selepas analisis rajah alir data. Kamus data digunakan sebagai asas untuk menyediakan model
konsep dan skema hubungan.
Contoh:
No. Nama atribut Jenis data Format Penjelasan
1 ID Peminjam Char (6) 999999 Nombor ID unik murid
Nombor panggilan unik setiap buku
2 No panggilan Char (6) 999999
di perpustakaan sekolah
3 Tarikh pinjam TIMESTAMP dd-mm-yyyy Tarikh pinjaman dibuat
Tarikh pulang adalah dua minggu selepas tarikh
4 Tarikh pulang DATE dd-mm-yyyy
pinjaman
(e) Spesifikasi entiti dan atribut: Hasilkan jadual yang merumuskan entiti dan atribut yang dikenal
pasti dalam kajian.
Contoh:
Entiti Atribut Keterangan
Peminjam ID murid peminjam, nama murid, Entiti digunakan untuk merekod maklumat peminjam untuk
nombor telefon bimbit memudahkan pengesahan identiti peminjam dan urusan
menghubungi peminjam apabila perlu.
Buku Nombor panggilan buku, nama Entiti digunakan untuk merekod maklumat buku untuk
buku, nama pengarang, subjek memudahkan pengesanan buku.
Pinjaman Nombor panggilan buku, ID Entiti digunakan untuk mengingati rekod tarikh buku
peminjam, tarikh pinjam buku, dipinjam dan bakal dipulangkan.
tarikh buku dipulangkan
(f) Model konsep: Buat analisis dan lukis pemerhatian dalam bentuk ERD. ERD menunjukkan entiti,
atribut dan perhubungan antara entiti. Tunjukkan atribut kunci primer, atribut kunci asing dan
kardinaliti.
BAB 2 PANGKALAN DATA 287

