Page 300 - BUKU TEKS SK T4
P. 300

STANDARD          Pembangunan Sistem
                      2.4                Pangkalan Data
                      KANDUNGAN




                                         Pangkalan data menyimpan rekod-rekod secara tersusun supaya data-
                 STANDARD PEMBELAJARAN   data mudah diisih, mudah dicari dan mudah dikemas kini. Pangkalan data
                                         menjadi komponen yang penting bagi sesebuah sistem maklumat kerana
                  2.4.1  Menghasilkan    terdapat banyak data yang perlu diuruskan dalam sistem maklumat.
                  sebuah pangkalan data
                  yang ternormal         Banyak contoh sistem maklumat yang menggunakan pangkalan data,
                                         misalnya sistem perbankan atas talian, sistem penempahan tiket
                  2.4.2  Membangunkan    penerbangan, laman sosial, sistem pinjaman buku perpustakaan, sistem
                  sistem pangkalan
                  data dengan antara     maklumat murid sekolah dan sistem markah peperiksaan.
                  muka bergrafik           Pembangun perisian boleh membina perisian sistem atau perisian
                  menggunakan perisian   aplikasi yang boleh berhubung dengan sistem pangkalan data. Sistem
                  pembangunan sistem
                  pangkalan data         pangkalan data seperti Microsoft Access, Microsoft SQL, MySQL, Oracle
                  mengikut SDLC          SQL dan sebagainya membantu penghasilan pangkalan data dan “antara
                  untuk menyelesaikan    muka” untuk melihat atau menyunting rekod pangkalan data. Jenis-jenis
                  masalah                “antara muka” termasuklah borang (form ), query, view dan laporan (report).
                                            Oleh sebab kepentingan peranan pangkalan data dalam sistem
                                         maklumat, pembangunan sistem pangkalan data perlulah dilakukan
                                         secara sistematik supaya memenuhi keperluan pengguna. Fasa-fasa
                                         utama ialah merancang, menganalisis, mereka bentuk, membina dan
                                         menyelenggara sistem pangkalan data. Lihat Rajah 2.4.1.


                     Merancang &           Mereka bentuk            Membina             Menyelenggara
                     Menganalisis

                                   Rajah 2.4.1  Fasa-fasa pembangunan pangkalan data untuk sistem maklumat



                                          2.4.1    Penghasilan Sebuah Pangkalan

                                                   Data yang Ternormal


                                         Ingatkah lagi langkah-langkah untuk menghasilkan pangkalan data?
                                        1    Merancang dan       Rujuk kepada sumber persekitaran:


                                                                   (a) Selidik keperluan pengguna.
                                             menganalisis
                                                                   (b) Kenal pasti objektif dan kegunaan.
                                                                   (c) Kenal pasti data, borang dan laporan yang
                                                                    diperlukan dalam sistem.





                                                                            BAB 2 PANGKALAN DATA
                                                                                                  291
   295   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305