Page 353 - BUKU TEKS SK T4
P. 353

5  Lengkapkan aliran proses reka bentuk interaksi yang berikut.



                                             Mereka bentuk
                    Mereka bentuk            sistem navigasi
                    papan cerita             dan laluan
                                             capaian




                                                            Membimbing                 Menerangkan
                                                            pengguna melalui           perkara yang
                                                            sistem panduan             berlaku pada
                                                                                       setiap skrin





                 Penyelesaian Masalah
                 Jawab semua soalan.
                   1  Sekolah anda memerlukan sebuah sistem pendaftaran murid yang baharu untuk murid tingkatan
                    satu. Sebagai seorang pelajar sains komputer, anda diminta oleh sekolah untuk membangunkan
                    sebuah paparan reka bentuk interaksi yang sesuai berdasarkan maklumat yang disenaraikan di
                    bawah.
                      i.  maklumat murid
                      ii.  maklumat Ibu bapa
                      iii.  maklumat kokurikulum
                      iv.  butang ‘seterusnya’
                      v.  butang ‘kembali’
                      vi.  butang ‘utama’
                      vii. butang lain-lain yang boleh ditambah mengikut kreativiti anda.

                   2  Setiap kali selepas peperiksaan, anda akan melihat keputusan peperiksaan anda menerusi sistem
                    analisis peperiksaan  (SAPS).  Berdasarkan paparan  sistem  analisis peperiksaan,  senaraikan
                    prinsip yang terdapat di dalam sistem tersebut dan huraikan prinsip yang telah disenaraikan
                    serta cadangkan penambahbaikan untuk sistem itu.

                   3  Pengurusan masa sangat penting untuk manusia. Untuk menguruskan masa, salah satu produk
                    yang diperlukan oleh manusia ialah jam. Jam bukan sahaja dapat memberitahu anda masa dan
                    tarikh tetapi jam boleh mengingatkan anda mengenai sesuatu perkara yang perlu anda lakukan.
                    Paparan masa pula boleh ditunjukkan melalui sistem 12 jam atau sistem 24 jam, bergantung
                    kepada keinginan anda sebagai seorang pengguna.
                      Lakarkan  satu  reka bentuk  yang  inovatif  bagi  paparan  masa yang  anda  inginkan  mengikut
                    keperluan anda. Paparan masa anda mungkin berbentuk jam tangan, jam penggera, jam dinding
                    dan sebagainya. Berikan dua lakaran alternatif untuk produk anda.




                        Sains Komputer Tingkatan 4
                344
   348   349   350   351   352   353   354   355   356