Page 350 - BUKU TEKS SK T4
P. 350

Kerja Berkumpulan
                                  47   Cabaran mereka bentuk paparan dan skrin


                  Sudah sampai masanya untuk anda mereka bentuk paparan dan reka bentuk skrin. Lakukan tugasan
                  ini secara berpasangan.
                  Syarikat Y ingin membangunkan satu sistem untuk mesin jual airnya. Kehendak syarikat ini adalah untuk
                  mencetak resit yang menunjukkan wang yang diberikan, harga air yang dibeli dan juga baki wang.
                  Bincangkan antara muka bergrafik yang sesuai dan bagaimana penyelesaian di atas dijalankan. Bina
                  “antara muka” yang mesra pengguna. Bangunkan penyelesaian masalah tersebut dalam persekitaran
                  pengaturcaraan  Java. Anda boleh merujuk https://www.youtube.com/watch?v=dH-5UMpntJc
                  sebagai panduan.
                   (a)  Set dan tetapkan objektif anda.
                   (b)  Lukis carta alir untuk aplikasi yang anda ingin bina. Jangan lupa untuk fikirkan apa yang pengguna
                      sasaran anda ingin lakukan secara berterusan dan pastikan agar setiap paparan yang dihasilkan dapat
                      memudahkan pengguna melaksanakan apa yang diingini tanpa melibatkan terlalu banyak interaksi.
                   (c)  Programkan aplikasi anda menggunakan alatan atau pengaturcaraan Java.
                   (d)  Uji aplikasi anda dengan kerjasama daripada pengguna sasaran anda. Kumpul dan kembangkan
                      maklum balas yang anda terima. Adakah aplikasi anda menepati objektif yang anda inginkan?
                      Kemudian, cadangkan penambahbaikan. Harus diingat setiap penambahbaikan mestilah selari
                      dengan objektif yang telah anda telah tentukan di peringkat awal perancangan.





                    Latihan Formatif 3.2



                   1  Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk interaksi?
                   2  Terangkan apakah yang berlaku dalam proses reka bentuk interaksi?
                   3  Anda dikehendaki mereka bentuk prototaip paparan dan reka bentuk skrin.
                    Tajuk yang dicadangkan ialah:
                    Program untuk mengira isi padu silinder. Paparan anda mestilah mempunyai kotak teks untuk
                    pengguna memasukkan data input seperti jejari dan tinggi silinder tersebut. Sediakan juga butang
                    arahan “Kira”, “Reset’ dan “Keluar”.
                   4  Daripada prototaip paparan skrin yang telah anda hasilkan, bina instrumen penilaian paparan dan
                    reka bentuk skrin. Dalam instrumen penilaian anda, masukkan juga profil pengguna seperti umur
                    dan jantina. Sediakan ruang untuk pengguna memberikan komen bebas. Kemudian, kumpulkan
                    komen pengguna. Buat ujian terhadap prototaip paparan dan reka bentuk skrin yang telah anda
                    hasilkan dengan memberikan pengguna instrumen penilaian. Kumpulkan instrumen penilaian yang
                    telah diisi oleh pengguna.
                   5  Buat analisis terhadap instrumen penilaian yang telah dijalankan oleh pengguna sasaran anda.
                    Kumpulkan maklumat yang diperoleh daripada penilaian tersebut. Cadangkan penambahbaikan
                    selepas instrumen penilaian paparan dan reka bentuk skrin dijalankan.
                   6  Daripada analisis instrumen penilaian yang telah dijalankan ke atas prototaip paparan dan reka
                    bentuk skrin, hasilkan prototaip paparan dan reka bentuk skrin baharu yang telah ditambah baik
                    dengan komen daripada pengguna sasaran anda.


                                                               BAB 3 INTERAKSI MANUSIA DAN KOMPUTER  341
   345   346   347   348   349   350   351   352   353   354   355