Page 68 - BUKU TEKS SK T4
P. 68
diperlukan untuk nilai yang panjang supaya menjimatkan ruang ingatan
komputer. Jadual 1.6 pada muka surat 57 menunjukkan jumlah memori
yang digunakan untuk menyimpan jenis data bagi pemboleh ubah dalam
ingatan komputer. Simpanan memori ini disimpan dalam unit bait (bytes).
Kerja Berkumpulan Jom belajar kod Java ringkas!
13 Jenis data dan kapasiti ingatan komputer http://goo.gl/c2AD4e
Anda dikehendaki berada dalam kumpulan kecil dan membuka akaun Sistem
Analisis Peperiksaan (SAPS). Berdasarkan slip peperiksaan yang dipaparkan,
senaraikan berapakah jenis data dan dan kapasiti ingatan komputer yang
digunakan bagi setiap data yang telah disenaraikan. Aplikasi Harian
Jenis Data Kapasiti Ingatan Komputer Pengetahuan sumber
terbuka memudahkan
anda mendapatkan
peluang pekerjaan dalam
bidang ICT
http://goo.gl/9JuhTe
Inovasi Sains
Komputer
Dagang Net ialah sebuah
syarikat GLC yang
menyediakan perkhidmatan
untuk menjalankan
perniagaan melalui
1.3.2 Pemilihan dan Penggunaan e-commerce iaitu alat strategi
untuk perniagaan. Dagang
Jenis Data yang Bersesuaian Net merupakan pembekal
perkhidmatan e-commerce
Pemilihan dan penggunaan data yang sesuai amat penting dalam sesebuah yang pertama dan
atur cara supaya atur cara dapat dibangunkan tanpa ralat sintaks. Jenis terbesar di Malaysia.
data bagi pemboleh ubah dan pemalar yang menentukan jenis maklumat
akan disimpan dalam ruang ingatan yang diperuntukkan.
Penggunaan jenis data yang sesuai juga berfungsi sebagai penanda
aras kepada sesuatu pemboleh ubah itu sama ada pemboleh ubah
tersebut menyimpan data yang tetap, data yang boleh dikira, huruf,
nombor perpuluhan atau data yang mempunyai pilihan benar atau palsu. http://goo.gl/nDmQr9
BAB 1 PENGATURCARAAN 59

