Page 64 - BUKU TEKS SK T4
P. 64

Latihan Formatif 1.2



                   1  Tulis algoritma yang dapat menentukan keluasan dinding sebuah bilik setelah mengambil kira
                    dimensi tingkap.
                   2  Berdasarkan soalan 1, ubah algoritma untuk menentukan kos mengecat sebuah bilik setelah kos
                    satu kaki per segi dimasukkan.
                   3  Tulis pseudokod untuk atur cara yang telah menerima dua nombor dan memaparkan jumlahnya
                    sebagai output.
                   4  Tulis pseudokod untuk atur cara yang menerima jejari bulatan dan menentukan ukur lilit dan luas
                    bulatan tersebut.
                   5  Lukis carta alir untuk atur cara yang menerima dua nombor dan kemudian mempamerkan purata.
                   6  Tentukan sama ada penyataan berikut "Benar" atau "Palsu":
                     (a)  Pengujian algoritma dibuat setelah kod Java ditulis.               (              )
                     (b)  Ralat logik berpunca daripada ralat algoritma                      (              )
                     (c)  Ralat sintaks berpunca daripada ralat algoritma.                   (              )
                     (d)  Salah satu punca ralat algoritma ialah kegagalan memenuhi kriteria.   (              )

                   7  Katakan anda menetap di Kemaman dan perlu berulang-alik ke Kuantan. Anda ingin mengetahui
                    sama ada memandu kereta ataupun menaiki bas lebih menjimatkan. Anda juga mengetahui harga
                    tiket bas dari Kemaman ke Kuantan dan jarak perjalanan dan kos petrol bagi satu  kilometer.
                    Tuliskan algoritma untuk menyelesaikan masalah ini.


















                   8  Sebuah aplikasi menerima dan menjumlahkan lima nombor integer daripada pengguna
                    menggunakan struktur kawalan pengulangan. Seterusnya, aplikasi menghasilkan output purata lima
                    nombor tersebut.
                     (a)  Bina analisis IPO.
                     (b)  Hasilkan pseudokod yang bersesuaian.
                     (c)  Lukis carta alir untuk algoritma penyelesaian.

                   9  Hasilkan algoritma untuk atur cara menghitung lilitan bulatan dengan jejari dalam meter diberikan.
                    Diketahui formula menghitung lilitan ialah 2 x PI x jejari. (PI = 3.142)
                     (a)  Buat analisis untuk menentukan Output Dijangka.
                     (b)  Tentukan pseudokod untuk Output Diperoleh.
                     (c)  Sekiranya terdapat ralat, cadangkan pembaikan bagi ralat tersebut.


                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                   55
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69