Page 65 - BUKU TEKS SK T4
P. 65

STANDARD          Pemboleh Ubah, Pemalar
                    1.3                dan Jenis Data
                    KANDUNGAN




                                       Pemboleh  ubah  atau  pemalar  dalam  Java,  perlu  diisytiharkan  sebelum
                                       digunakan. Konsep dan prosedurnya adalah sama seperti ingin melancong
               STANDARD PEMBELAJARAN
                                       ke luar negara, iaitu seseorang individu perlu mengisytiharkan barang
                 1.3.1 Menjelaskan     yang ada di dalam bagasi di pejabat Kastam.
                 hubungan antara
                 jenis data, saiz data     Dalam proses pengaturcaraan, seorang pengatur cara perlu
                 dan kapasiti ingatan   mengisytiharkan jenis data yang diperlukan dalam sesuatu program yang
                 komputer              hendak dilaksanakan.
                 1.3.2  Memilih dan
                 menggunakan jenis
                 data yang bersesuaian:   Pemboleh ubah
                 Integer (int), nombor   Pemboleh ubah ialah ruang simpanan sementara untuk nombor, teks dan objek.
                 nyata (float, double),
                 aksara (char), rentetan   Nilai pemboleh ubah sentiasa berubah semasa berlakunya pemprosesan dan
                 (string) dan Boolean.  tidak akan memegang sebarang nilai selepas program tamat.
                 1.3.3  Membezakan         Pengatur cara perlu memberikan nama kepada setiap pemboleh ubah
                 pemboleh ubah sejagat   yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam program
                 (global) dan setempat   yang dibangunkan. Pengatur cara menggunakan nama pemboleh ubah
                 (local)
                                       sebagai nama rujukan untuk nilai spesifik pemboleh ubah tersebut.
                 1.3.4  Mengisytiharkan,   Komputer pula akan menggunakan nama pemboleh ubah tersebut sebagai
                 memulakan dan         rujukannya untuk mencari nilai pemboleh ubah itu dalam memorinya.
                 menetapkan nilai pada   Pemboleh ubah merupakan elemen dalam pengaturcaraan dan nilainya
                 pemboleh ubah dan
                 pemalar               boleh berubah pada bila-bila masa sewaktu proses pengaturcaraan
                                       dilaksanakan. Contohnya,
                 1.3.5  Menggunakan
                 penyataan umpukan
                                              public class kiraLuas {
                 dan penyataan
                                                    public static void main(String[] args) {
                 aritmetik
                                                           float panjang, lebar, luas;
                 1.3.6  Menulis                     }
                 atur cara untuk
                 memasukkan input
                 dari papan kekunci dan   Contoh yang lain adalah dalam situasi kos sepasang kasut. Item input
                 memaparkan output     ini perlu diberikan satu nama pemboleh ubah kerana kos sepasang
                                       kasut mungkin berubah mengikut jenis kasut. Nama pemboleh ubah
                                       sepatutnya konsisten dengan nilai pemboleh ubah. Dalam kes ini, nama
                                       pemboleh ubah ialah kosKasut kerana nama ini merujuk kos sepasang
                                       kasut. Sekiranya kos sepasang kasut berubah, nilai pemboleh ubah akan
                                       berubah tetapi nama pemboleh ubah tidak akan berubah.

                                              kosKasut                kosKasut          Nama kekal sama

                                              RM56.00                 RM34.00            Nilai berubah



                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 56
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70