Page 77 - BUKU TEKS SK T4
P. 77

1.3.5    Penggunaan Penyataan


                                                  Umpukan dan Penyataan
                                                  Aritmetik


               Cipta Permainan         Semasa menulis atur cara, terdapat beberapa jenis penyataan yang boleh
               Aritmetik               digunakan. Antaranya ialah Penyataan Umpukan dan Penyataan Aritmetik.
               http://goo.gl/YbsnEi
                                       Penyataan  Umpukan boleh terdiri daripada satu atau lebih ungkapan
                                       yang lain. Penyataan umpukan merujuk “sama dengan” atau simbol “=”.
                                       Penyataan umpukan akan memberikan nilai kepada pemboleh ubah.
                                       Contohnya int x = y. y adalah nilai yang diumpukkan kepada pemboleh
                                       ubah x. Contoh penyataan umpukan ialah:


                        String x;                   double p;                 float w;
                        x = "Hello";                p = 0.123;                w = 561.123f;





                                               Umpukan untuk satu ungkapan

                                            Rajah 1.22(a)  Umpukan untuk satu ungkapan


                                                              int p;
                                                              int q;
                                                              int r;
                                                              p = q = r = 255;




                                                    Umpukan untuk ungkapan yang lebih dari satu

                                                  Rajah 1.22(b)  Umpukan untuk ungkapan yang lebih dari satu


                                       Penyataan aritmetik boleh terdiri daripada satu atau lebih operasi aritmetik.
                                       Penyataan ini merujuk operasi aritmetik iaitu operasi penambahan,
                                       penolakan, pendaraban dan pembahagian. Unit pemproses utama boleh
                                       membaca operasi aritmetik dari kiri ke kanan sahaja. Sekiranya pengatur
                                       cara ingin menjalankan operasi darab terlebih dahulu, penggunaan simbol
                                       kurungan perlu diutamakan. Contoh:

                  30 – 5 + 2* 3 / 3                                     (30 – 5 + ((2* 3) / 3))
                                          Tatatanda kurungan diletakkan
                                          pada 2 * 3
                                              Rajah 1.23  Contoh penyataan aritmetik

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 68
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82