Page 34 - BUKU TEKS ASK T1
P. 34

Jumlahkan hasil darab setiap lajur = 128 + 0 + 32 + 16 + 8 + 0 + 2 + 0 = 186
                 Oleh itu, 10111010 dalam perduaan adalah sama dengan 186 dalam perpuluhan seperti
                 yang ditunjukkan dalam rajah berikut.




                              1     0     1    1     1     0    1     0     Nombor perduaan


                             128 64 32 16            8     4    2     1     Nombor perpuluhan

                             128 0 32 16             8     0    2     0          186






                   Cuba   Fikirkan

                  Jadual berikut menunjukkan nilai tempat dalam nombor perduaan. Apakah dua nilai tempat
                  paling kiri dalam jadual tersebut?

                      ?       ?      128       64      32       16       8       4        2       1





                  2.1.3   Penukaran Nombor Perpuluhan kepada
                           Nombor Perduaan

                 Seperti yang telah diterangkan dalam halaman 23, pembelajaran
                 tentang kaedah penukaran nombor perpuluhan kepada nombor         Layari laman-laman
                                                                                  sesawang ini untuk
                 perduaan juga penting. Dua kaedah yang sering digunakan untuk    maklumat lanjut tentang
                 menukar nombor perpuluhan kepada nombor perduaan ialah:          penukaran nombor
                                                                                  perpuluhan kepada
                 Kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya                       nombor perduaan.
                 Dalam kaedah ini, nombor asal dibahagi dengan 2. Catatkan
                 hasil bahagi dan bakinya. Hasil bahagi pertama dibahagikan
                 dengan 2 sekali lagi dan hasil bahagi serta bakinya dicatatkan.
                 Hasil bahagi akan dibahagikan dengan 2 sehingga tidak boleh
                 dibahagi lagi dan setiap bakinya dicatatkan. Nilai nombor
                 perduaan diambil berdasarkan bakinya secara menyongsang.          http://goo.gl/C8u6R2

                 Kaedah ambil daripada baki
                 Bandingkan nilai nombor  perpuluhan dengan nilai tempat
                 terdekat nombor perduaan yang kurang daripada nombor
                 perpuluhan tersebut. Jika nilai tempat kurang daripada nilai
                 nombor perpuluhan, catatkan perbezaannya dan tandakan
                 1 pada nilai tempat tersebut. Ulangi proses ini sehingga nilai    http://goo.gl/Kz3pFs
                 tempat yang terakhir.
                                                                                                   25
                                                                        BAB 2  Perwakilan Data





       UNIT02_2.1_20-38.indd   25                                                                      9/22/16   11:59 AM
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39