Page 171 - RBT Thn 6
P. 171

Draf Modul Pengajaran
                            Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

                                                                Lampiran 2

Pengenalan Hidroponik

Menanam secara hidroponik adalah kaedah penanaman yang menggunakan larutan nutrien di
dalam air tanpa menggunakan tanah. Akar tanaman dalam medium pengakaran tenggelam di
dalam larutan nutrien. Medium pengakaran terdiri daripada beberapa pilihan bahan, seperti
span, sabut kelapa dan reja benang.

Kelebihan Penanaman Secara Hidroponik

Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan iaitu:
1. Tidak memerlukan tanah.
2. Sistem ini menjimatkan air.
3. Tiada pencemaran alam sekitar.
4. Menjamin kualiti hasil yang lebih tinggi.
5. Memudahkan pengawalan penyakit dan haiwan perosak.
6. Mudah menuai hasil.
7. Sesuai untuk kawasan yang terhad.
8. Bebas dari racun makhluk perosak.
9. Mengurangkan kerja penjagaan seperti merumpai dan menyiram.

                       163
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176