Page 74 - RBT Thn 6
P. 74

Draf Modul Pengajaran
                         Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

AKTIVITI PENGAJARAN  Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN     Murid menyatakan alatan tangan yang terdapat dirumah
                     mereka. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan alatan
                     tangan seterusnya mengaitkannya dengan pembelajaran pada
                     hari ini.

                     Langkah 1
                     1. Murid menyenaraikan alatan tangan dan bahan yang

                        diperlukan berdasarkan projek yang akan dijalankan (KBAT).
                     2. Murid mengambil alatan dan bahan yang diperlukan untuk

                        membina projek berdasarkan senarai yang dibina.

                     Langkah 2
                     1. Murid melakukan aktiviti mengukur dan menanda dengan

                        berpandukan lakaran (bahagian A1 dan A2).
                     2. Murid melakukan aktiviti mengukur dan menanda dengan

                        cara yang betul.
                     3. Murid melakukan aktiviti memotong bahan berpandukan

                        ukuran dan penandaan yang dibuat.

                     Penutup
                     Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN            1. Guru memastikan murid menggunakan alatan tangan dengan
PENGAJARAN DAN          betul.
PEMBELAJARAN
                     2. Guru menilai hasil bahan yang telah dipotong.

PENGETAHUAN          Murid pernah melakukan aktiviti memotong dan menanda pada
SEDIA ADA MURID      tahun 4 dan 5.

REFLEKSI

                     66
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79