Page 17 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 17
Faktor Kedatangan Kuasa Barat Pada Abad ke-17 & 18
Revolusi Perindustrian
• Revolusi perindustrian bermula di Britian pada abad ke-17
• Jerman dan Perancis turut menjadi negara perindustrian
• Mereka perlu mencari pusat perdagangan dan tanah jajahan untuk dapat bahan mentah bagi
keperluan kilang perusahaan mereka secara berterusan
• Perlu pasaran luas kerana kilang keluarkan hasil yang banyak
Kedatangan Kuasa Barat Pada Abad ke-19 & 20
1. Perkembangan industri kereta
Perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah asli meningkat
untuk cipta tayar.
Getah diperlukan juga untuk perusahaan penebat barangan elektrik.
2. Kesuburan Tanah dan kekayaan hasil bumi
Negara kita mempunyai tanah yang subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman getah, tebu,
padi dan tembakau.
Juga kaya dengan hasil bumi bijih timah, emas, bijih besi, petroleum dan arang batu
3. Industri mengetin Makanan
Bijih timah diperlukan untuk industri mengetin makanan, minuman, membuat bumbung
rumah dan tong minyak.
Kesannya permintaan dan harga bijih timah turut meningkat.
2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020

