Page 12 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 12
ii. Pendidikan Formal
Pendidikan formal masyarakat Melayu adalah bercorak Islam dan menekankan ilmu keagamaan
Pusat pendidikan formal ialah masjid, surau, pondok, madrasah dan istana.
Istana berperanan sebagai pusat mempelajari hal pentadbiran dan sistem politik Negara
Di masjid dan surau, pengajiannya merangkumi cara bacaan dalam solat dan tajwid serta
mempelajari hadis, fekah dan usuludin
Pendidikan pondok mengajar al-Quran, ilmu hadis dan bahasa Arab
Pendidikan di madrasah berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.
Pendidikannya mengikut tahap, iaitu tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
Pendidikan madrasah diawasi mudir (guru besar) serta diselia oleh jawatankuasa kewangan.
iii. Bahasa Melayu dan tulisan jawi
Bahasa Melayu dan tulisan jawi penting dalam perkembangan pendidikan yang pesat
Kepentingan bahasa Melayu ialah :
a) Menjadi bahasa ilmu
b) Bahasa lingua franca dalam dunia perdagangan di alam Melayu
c) Menyampai ilmu
d) Ilmu pengentahuan yang tinggi
iv. Penulisan Karya Kesusasteraan
Penulisan karya kesusasteraan juga berkembang. Antara hasil karya kesusasteraan yang bermutu
tinggi ialah :
a) Tuhfat al-Nafis
b) Gurindam Dua Belas
c) Misa Melayu
d) Hikayat Datuk Merpati Jepang
4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3

