Page 16 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 16

BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT



    1.2    Faktor  Kedatangan    Kuasa Barat ke Negara Kita


         Kestabilan dan kemakmuran negara kita mendorong kuasa-kuasa barat untuk menguasai kekayaan
           tersebut

         Pada peringkat awal terdapat lima kuasa Barat bersaing untuk menguasai perdagangan rempah di
           Alam Melayu

         Garis masa persaingan kuasa-kuasa Barat dapat dilihat melalui 2 garis masa ini


    Faktor Kedatangan Kuasa Barat  abad ke-16
       1.  Mendapat barangan mewah

           -  Kuasa-kuasa Barat ingin mendapat barang mewah dari China seperti teh, sutera dan tembikar

           -  Juga rempah ratus, minyak wangi, emas, perak, gading batu permata  dan hasil hutan


       2.  Perlu Pusat Pengumpulan
           -  Syarikat Perdagangan perlukan pusat pengumpulan  barang mentah tempatan yang diperlukan

               China seperti emas, perak, bijih timah dan rempah ratus
           -  Pusat pengumpulan itu terletak di tengah-tengah  laluan perdagangan China-India


       3.  Pelabuhan Persinggahan

           -  Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung sementara
               sementara  menunggu  peralihan  angin  monsun  dan  mendapatkan  bekalan  air,  makanan  dan

               membaiki kapal  sebelum ke Canton

       4.  Agama

           -  Ingin menyebarkan agama  Kristian di Timur

           -  Sepanyol  dan  Portugal  ialah  dua  buah  Negara  Katolik  yang  menekankan  usaha  penyebaran
               agama Kristian di seberang laut.

           -  Matlamat penjajahan mereka adalah untuk kekayaan, kemasyhuran dan keagamaan




            1  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21