Page 85 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 85
4.2 Perluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Faktor Perluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
1. Kedudukan yang strategik
Kedudukan Kelantan dan Terengganu yang strategik kerana terletak di laluan perdagangan
antara Siam dan Singapura
Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu penting kepada perdagangan British
2. Menghalang kemasukan kuasa Barat lain
British ingin menjadikan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu sebagai penampan
kuasa Barat lain meluaskan kuasa ke utara Tanah Melayu
British ingin menghalang kemaraan Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia ke
negeri-negeri Melayu Utara
Kemaraan kuasa Barat yang ingin menguasai bahan mentah mencabar penguasaan
British
Jerman berusaha mendapatkan Pulau Langkawi
Russia ingin membuka petempatan di Ujung Salang
Perancis meluas kuasa di Segenting Kra yang akan mengancam perdagangan dan
kedudukkan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa
Amerika Syarikat berusaha meluaskan pengaruhnya di Terengganu
3. Kemakmuran dan kekayaan hasil bumi
Hasil pertanian dan perternakan di Kedah dan Perlis menjadi sumber bekalan makanan
penduduk Pulau Pinang
Kelantan dan Terengganu penting aktiviti pembuatan seperti pertukangan dan pembinaan
kapal
Kedua dua negeri ini menjadi pembekal pelbagai barangan dagangan kepada pedagang
Singapura
4. Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang
British ingin membina jalanraya, kereta api dan telegraf di antara Burma dan Pulau Pinang
Ini bertujuan supaya British mempunyai rangkaian perhubungan terus dengan India
Ini sangat penting bagi perdagangan dan keselamatan British
5. Beban orang putih
British menggunakan slogan ini untuk meluaskan kuasanya
Ini kerana Siam telah melakukan kekejaman di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2020

