Page 86 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 86
Strategi Perluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
British telah menggunakan strategi perjanjian untuk meluaskan kuasanya di Perlis, Kedah,
Kelantan dan Terengganu secara berperingkat-peringkat
British menggunakan kedudukannya di Pulau Pinang untuk memantau perkembangan di negeri-
negeri Melayu sebelum bertindak mengadakan perjanjian dengan Siam.
Negeri-negeri Melayu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menghantar bunga emas
dan perak setiap tiga tahun sekali sebagai tanda persahabatan
Tetapi Siam menganggap sebagai tanda pertuanan Siam serta kepatuhan kepada kuasa Siam
Pengaruh Siam ke atas negeri-negeri ini tidak menyenangkan British
British mahu memastikan laluan perdagangan antara India dan China selamat
British memilih strategi perjanjian kerana konfrantasi secara bersemuka merugikan
Siri perjanjian perluasan kuasa British :
1. Perjanjian Burney 1826
2. Perjanjian Sulit 1897 (British-Siam) ditandatangani pada 6 April 1897.
British mahu memastikan tiada kuasa lain meluaskan pengaruh ke atas Kedah,
Terengganu dan Kelantan
British mengakui pertuanan Siam ke atas negeri tersebut
3. Perjanjian Sempadan 1899 (British-Siam)
Ditandatangani pada 29 November 1899
Menetapkan sempadan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah
Perjanjian ini dapat menyelesaikan masalah sempadan di antara Perak (British) dan
Reman (Siam)
4. Perjanjian 1902 (Pengisytiharan British- Siam)
Ditandatangani pada 6 Oktober 1902
Siam mengawal hubungan luar Kelantan dan Terengganu
Negeri ini tidak boleh menyerahkan konsesi kepada kuasa asing tanpa izin Siam
5. Perjanjian Bangkok 1909
Ditandatangani pada 10 March 1909 anatara wakil British Ralph Paget dengan
wakil Siam, Putera Devawongse Vaeaprakar (Menteri Hal Ehwal Luar Siam)
Siam menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada British
Negeri-negeri tersebut menerima Penasihat British
Perjanjian ini membuka laluan kepada British menguasai Negara kita tanpa
gangguan kuasa lain.
7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3 2020

