Page 89 - Nota & Latihan Sejarah Tingkatan 3 KSSM
P. 89

BAB 4 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU


         4.3 : Peluasan Kuasa  British di Johor

               Johor merupakan sebuah negeri yang telah mencapai tahap kemakmuran yang tinggi

               Ini kerana Johor mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang teratur
               Juga kebijaksanaan pemerintah Johor membangunkan Johor,  menghalang peluasan kuasa

                British ke atas Johor

               Penguasaan British terhadap Singapura menyebabkan kedudukan Johor terancam


               Faktor Kemajuan dan Kemakmuran Johor ialah:
                    1.  Perkembangan  pesat  bidang  ekonomi  komersial  terutamnya  dalam  pertanian  lada

                        hitam dan gambir

                    2.  Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah  memaju dan memakmurkan Johor
                    3.  Kemunculan golongan pentadbir yang komited menjalankan tugas

                    4.  Pemodenan dalam pentadbiran dan infrastruktur


               Strategi British Menguasai Johor ialah:

                    1.  Melalui Perjanjian
                          i.   Perjanjian 1855

                              Antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim
                              Sultan  hendaklah  terlebih  dahulu  menawarkan  Kesang  kepada  British

                               sekiranya ingin menjualnya


                         ii.   Perjanjian Setia 1885

                             Antara Johor dengan British
                             Johor  hanya  menerima  seorang  ejen  yang  peranannya  menyamai  Pegawai

                               Konsul dan lebih rendah daripada penasihat
                             Hal ehwal luar Johor  dikawal oleh British








                 1  ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan  3  2020
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94