Page 14 - Majlis Hari Anugerah Cemerlang Akademik 1 & Mesyuarat Agung PIBG Kali ke15
P. 14

Kata Alu-aluan Perasmi


















           Bismillahirrahmanirrahim dan Salam Sejahtera

                  Terlebih  dahulu    saya  ingin  memanjatkan  rasa  kesyukuran  kepada  Allah  SWT    kerana
           SMK Putrajaya Presint 11(1) dapat menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG  kali ke-15 tahun 2020
                  Seperti  yang  kita  sedia  maklum,  semua  Mesyuarat  PIBG  sekolah mesti  diadakan  pada
           setiap  tahun.  Mesyuarat  PIBG  merupakan  antara  mekanisme  penting  dalam  mewujudkan
           pendidikan  yang  berkualiti  di  sekolah.  Menerusi  PIBG,  banyak  program  boleh  diatur  dalam
           mengatasi  pelbagai  kekangan  yang  boleh  mencacatkan  iklim  pengajaran  dan  pembelajaran  di
           sesebuah sekolah. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang
           tengah antara guru dan ibu bapa kerana banyak salah faham yang timbul antara kedua-dua belah
           pihak  apabila  berlakunya  kejadian  salah  laku  dalam  kalangan  pelajar.   Permuafakatan  ini
           diharapkan  dapat  membina  kesefahaman  tentang  tugas  dan  tanggungjawab  bersama  dalam
           usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, selain mewujudkan kerjasama
           dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dam komuniti setempat.
                   PIBG  juga  mempunyai  peranan  saling  melengkapi  terhadap  fungsi  Kementerian
           Pendidikan  Malaysia  dalam  menyediakan  prasarana,  kemudahan,  dan  suasana  sekolah  yang
           kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan. Kerjasama antara ibu bapa
           dan  pendidik  merupakan  aspek  utama  yang  memainkan  peranan  penting  dalam  menentukan
           kejayaan anak-anak kita. Oleh  itu matlamat Mesyuarat Agung PIBG bersifat terbuka, berkualiti
           serta mempunyai jati diri yang mantap akan tercapai.
                  Persekitaran sosial mencabar guru dan institusi pendidikan dalam melahirkan insan yang
           bukan  saja  seimbang  keperibadiannya  tetapi  juga  menjadi  teras  dan  aset  kepada
           negara. Sesungguhnya sokongan moral dan kerjasama daripada ibu bapa melalui Persatuan Ibu
           Bapa  dan  Guru  (PIBG)  dapat  memainkan  peranan  untuk  membangunkan  generasi  yang  lebih
           kukuh jati diri dan berdaya tahan dengan apa jua cabaran sekeliling dan persekitaran sosial yang
           semakin  membimbangkan  pada  hari  ini.  Tugas  mendidik  anak-anak  pada  hari  ini  semakin
           mencabar dan memerlukan komitmen yang padu daripada kedua-dua belah pihak. Saya percaya
           hubungan dua hala yang mantap menjadi kunci kejayaan PIBG dan institusi pendidikan. Saya
           turut  berbangga  dengan  pencapaian  PIBG  di  sekolah  ini  yang  telah  berjaya  meraih  beberapa
           anugerah kecemerlangan di peringkat negeri dan kebangsaan  sekali gus membuktikan terdapat
           kerjasama erat antara guru-guru di sekolah ini dan pihak ibu bapa.
                  Akhir  kata  saya  berharap  agar  PIBG  dan  pihak  sekolah  dapat  meneruskan
           kecemerlangan dan kolaboratif ini sebagai teras untuk mendepani pelbagai cabaran global. Saya
           berdoa  semoga  pihak  PIBG  terus  membantu  sekolah  ini  untuk  terus  lebih  cemerlang  dan
           memacu kejayaan demi melahirkan generasi pewaris  negara.

           Sekian, terima kasih.

           (DR. HAJI ROSLAN BIN HUSSIN)
           Timbalan Pengarah
           Sektor Perancangan
           Jabatan Pendidikan
           Wilayah Persekutuan Putrajaya

                                                           14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19