Page 16 - Majlis Hari Anugerah Cemerlang Akademik 1 & Mesyuarat Agung PIBG Kali ke15
P. 16

Kata Alu-aluan Pengetua


















           Assalamualaikuamwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

           ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah S.W.T  dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita
           dapat  bersama-sama  berkumpul  dan  berbincang  untuk  kejayaan  anak-anak  dalam  Mesyuarat
           Agung PIBG Kali ke-15 ini. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar
           ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini.
                  Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan  syabas dan tahniah kepada semua pihak
           yang  telah  berusaha  dengan  ikhlas  dan  dedikasi  untuk  meningkatkan  prestasi  sekolah  ini.  SMK
           Putrajaya Presint 11(1) sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap
           tahun  demi  memastikan  pembangunan  sekolah  ini  meningkat  dan  membawa  kebaikan  kepada
           warga  sekolah.  Kejayaan  demi  kejayaan  telah  diteroka  oleh  warga  sekolah  baik  dalam  bidang
           akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil daripada kesepaduan muafakat
           bersama.  Suntikan  semangat  kejayaan  dan  kecemerlangan  anak-anak  bergantung  kepada  kita
           semua.  Gabungan  usaha,  kerjasama  dan  komitmen  daripada  semua  pihak  amat  penting  untuk
           memastikan  anak-anak  dapat  menempuh  gelombang  perubahan  yang  sentiasa  diduga  dengan
           pelbagai  kerenah  dan  cabaran.  Pihak  sekolah mengalu-alukan  kerjasama  daripada  ibu  bapa  dan
           masyarakat  setempat  dalam  menjayakan    pelbagai  program  demi  meningkatkan  lagi  pencapaian
           sekolah ini ke tahap yang lebih membanggakan.
                  Akhir  kata  saya  ingin  merakamkan  penghargaan  dan  terima  kasih  yang  tidak  terhingga
           kepada AJK PIBG Sesi 2019/2020 dan semua ibu bapa yang telah memberikan sokongan dalam
           menyumbangkan  tenaga  dan  buah  fikiran  dalam  memajukan  sekolah.  Semoga  komitmen  yang
           ditunjukkan akan dapat mewujudkan kerjasama yang berterusan antara sekolah dan masyarakat,
           guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK
           Putrajaya Presint 11(1) Kali Ke-15. Saya memohon ribuan maaf sekiranya terdapat kelemahan dan
           kekurangan sepanjang perjalanan majlis pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada
           Allah SWT dan segala kelemahan itu datang daripada pihak kami. Semoga usaha kita akan direstui
           dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

           Sekian, terima kasih.

            “Muafakat Membawa Berkat”


           YBHG. DATIN SITI NORBAYA BINTI MANSOR
           Pengetua
           SMK Putrajaya Presint 11(1)




                                                           16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21