Page 15 - Majlis Hari Anugerah Cemerlang Akademik 1 & Mesyuarat Agung PIBG Kali ke15
P. 15

Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG















           Bismillahirrahmanirrahim
           Assalamualaikum dan salam perpaduan

           Bersyukur kita ke hadrat Allah subhanahuwata’ala dengan izin dan limpah kurnianya dapat
           kita bersama-sama berkumpul dalam mesyuarat agung PIBG bagi membincangkan tentang
           kemenjadian  anak-anak  kita  di  sekolah  ini.  Saya  juga  ingin  mengambil  kesempatan  ini
           untuk  mengucapkan      setinggi  penghargaan  kepada  semua  guru  yang  terlibat  dalam
           membuat persiapan mesyuarat agung kita pada kali ini.

           Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah satu wadah bagi kita berbincang, merancang
           dan  melaksanakan  segala  program  demi  kemenjadian  anak-anak  kita.  Komitmen  yang
           berterusan dan keprihatinan ibu bapa sangatlah diharapkan dalam melahirkan modal insan
           yang  lebih  holistik  baik  dari  segi  akademik,  jasmani,  emosi,  rohani  dan  sosial  mereka.
           Untuk  itu,  ibu  bapa  sangatlah  diharapkan  agar  turut  sama  membantu  dalam  membina
           akhlak yang baik kerana melalui akhlak yang baik ini anak-anak kita akan lebih cemerlang
           dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. Kerjasama erat ini perlulah berterusan kerana
           setiap daripada kita punya tanggungjawab yang berbeza, maka itu saya sarankan agar kita
           juga berikan perhatian wajar terhadap sahsiah anak-anak kita.

           Saya  juga  sangat  mengharapkan  kerjasama  semua  pihak  dalam  menjayakan  apa  juga
           program  yang  bakal  dirancang  oleh  PIBG.  Sumbangan  dalam  bentuk  kewangan  dan
           tenaga sangatlah diharapkan demi kelancaran pelbagai program yang akan dirancang oleh
           PIBG  kelak.  Semoga  tahun  2020  akan  menjadi  tahun  kejayaan  yang  lebih  cemerlang
           kepada anak-anak kita dan seterusnya kejayaan  cemerlang kepada SMK Putrajaya Presint
           11(1) amnya.

           Akhir  kata,  saya  mewakili  Ahli  Jawatankuasa  PIBG  SMK  Putrajaya  Presint  11(1)  ingin
           merakamkan setingg-tinggi penghargaan kepada semua pihak dalam usaha mendidik dan
           mengasuh  anak-anak  kami  dan  seterusnya  ucapan  terima  kasih  ini  juga  dipanjangkan
           kepada semua yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini.


           Sekian, terima kasih.




           (ENCIK KHARUL ANUAR BIN ARSIB)
           Yang Dipertua PIBG
           SMK Putrajaya Presint 11(1)





                                                           15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20