Page 13 - FAQ BPM MRSM
P. 13

Lampiran B







                                                                  Bil. :
                                                                  Tarikh:       2 Mei 2020
                                                                                9 Ramadhan 1441



               Kepada:



               Pihak Berkuasa yang berkaitan


               YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/Puan,



               PENGESAHAN ARAHAN BEKERJA DI  NAMA PUSAT PENTADBIRAN  MARA
               DALAM TEMPOH PERATURAN KAWALAN PERGERAKAN MULAI 4 SEHINGGA
               12 MEI 2020



               Perkara di atas dan perutusan khas YAB Perdana Menteri berkaitan Covid-19 pada 1
               Mei 2020 dengan hormatnya dirujuk.


               2.      Untuk makluman, Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi
               badan berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan
               tertakluk di bawah Akta MARA 1966. Merujuk kepada perutusan khas YAB Perdana
               Menteri, semua pegawai adalah diarahkan untuk bekerja dari rumah melainkan Ketua
               Jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting (essential services) di Kementerian/
               Jabatan masing-masing dan mengarahkan pegawai terlibat untuk hadir bertugas di
               pejabat.


               3.      Selaras dengan itu, adalah disahkan bahawa senarai nama pegawai seperti di
               lampiran merupakan pegawai di bawah perkhidmatan penting di  Nama Pusat
               Pentadbiran MARA  dan perlu hadir bertugas di  Nama Pusat Pentadbiran MARA
               seperti butiran berikut:


                              i.     Tarikh: XX Mei 2020
                              ii.    Masa: 8.00 Pagi hingga 7.00 Petang
                                     (Nota: Pegawai/ Kakitangan hendaklah kembali ke kediaman
                                     masing-masing setelah urusan kerja selesai)





                                                            7
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18