Page 9 - FAQ BPM MRSM
P. 9
mengisytiharkan status bacaan suhu di borang deklarasi seperti di
Lampiran C; dan
iii. Menyimpan rekod deklarasi kesihatan oleh PMP dalam tempoh tiga (3)
bulan.
3. Prosedur Am Semasa Bekerja
i. Mematuhi jadual bekerja yang disediakan oleh PMP bagi meminimumkan
bilangan kehadiran pekerja;
ii. Mematuhi prosedur kerja selamat dan arahan kerja yang ditetapkan di
tempat kerja;
iii. Mewajibkan pemakaian penutup hidung dan mulut pada setiap masa serta
kerap mencuci tangan sama ada menggunakan air dan sabun atau hand
sanitiser yang disediakan di tempat kerja;
iv. Menjalankan proses disinfeksi mengikut kaedah yang disyorkan oleh KKM
di persekitaran tempat kerja umum seperti lobi, lif, bilik mesyuarat, bilik
sumber, kafetaria, pantri, surau, bilik rehat, tandas dan lain-lain;
v. Mengamalkan penjarakan sosial [jarak hendaklah melebihi satu (1) meter]
semasa melaksanakan urusan kerja, waktu makan dan rehat;
vi. Menyediakan bekas sampah yang bertutup untuk membuang penutup
mulut dan hidung, sarung tangan dan tisu yang digunakan. Bekas sampah
tersebut sebolehnya mempunyai penutup automatik (operasi kaki) serta
disediakan dengan beg sampah plastik.
vii. Memakai dan melupuskan penutup mulut dan hidung serta sarung tangan
dengan mematuhi langkah-langkah yang disyorkan oleh KKM seperti di
Lampiran D;
viii. Mempraktikkan amalan tidak bersalaman;
ix. Mengelakkan perjalanan kerja luar yang tidak penting;
x. Menggunakan kelengkapan solat sendiri dan tidak berkongsi dengan
pengguna lain;
xi. Melaksanakan disinfeksi ke atas kenderaan rasmi MARA setelah
digunakan; dan
xii. Merujuk kepada Prosedur Peraturan Am Mesyuarat sekiranya perlu
mengadakan mesyuarat.
4. Prosedur Peraturan Am Mesyuarat
i. Menangguhkan mesyuarat yang tidak penting;
ii. Melaksanakan mesyuarat dengan kaedah komunikasi alternatif secara atas
talian melalui medium yang selamat dan terjamin dari segi kerahsiaan;
iii. Sekiranya mesyuarat memerlukan kehadiran fizikal diadakan, langkah-
langkah berikut perlu dipatuhi:
3

