Page 8 - FAQ BPM MRSM
P. 8

Lampiran 1
                        PROSEDUR KERJA SELAMAT PENCEGAHAN WABAK COVID-19

                                          DI PUSAT PENTADBIRAN MARA

               1.  Prosedur Sebelum Masuk Ke Pusat Pentadbiran MARA.
                      i.  Pegawai Mengawal Pusat  (PMP)  hendaklah menyediakan jadual

                          penggiliran bekerja seperti di Lampiran A dan dihantar kepada Bahagian
                          Pengurusan Risiko dan Inspektorat  (BPIN), Bahagian Sumber Manusia
                          (BSM) dan Unit Penyelaras (UPL) bagi tujuan rekod.  Selain itu, kerjasama
                          PMP untuk memastikan warga kerja yang akan bertugas adalah sihat, tidak
                          bergejala dan bukan Patient Under Investigation (PUI).

                      ii.  Warga kerja  perlu mendapatkan Surat  Kebenaran  Bekerja  yang
                          ditandatangani oleh PMP  masing-masing dengan menggunakan kepala
                          surat MARA mengikut format di Lampiran B bagi setiap individu yang perlu

                          hadir bekerja;
                     iii.  Mewajibkan pemakaian penutup hidung dan mulut ke atas setiap individu
                          yang memasuki tempat kerja;
                     iv.  Mematuhi  arahan  penjarakan sosial,  mempraktikkan tidak  bersalaman,

                          kerap mencuci tangan sama ada menggunakan air dan sabun atau hand
                          sanitiser;
                      v.  Mewajibkan setiap pelawat melaporkan diri kepada petugas keselamatan,
                          merekodkan kehadiran dan mengisi Borang Saringan Kesihatan

                          sebagaimana di Lampiran C;
                     vi.  Menjalani pengukuran suhu badan (rujuk  Prosedur Saringan Suhu
                          Badan);
                     vii.  Memastikan individu  yang  gagal saringan kesihatan atau  Person Under
                          Investigation (PUI) atau mempunyai gejala COVID-19 atau terdiri daripada

                          kluster yang disenaraikan oleh KKM atau dipercayai mempunyai
                          pendedahan kepada orang yang telah dijangkiti COVID-19 tidak dibenarkan
                          masuk ke tempat kerja; dan
                    viii.  Memastikan pengguna lif sentiasa mengamalkan penjarakan sosial yang

                          telah ditetapkan.

               2.  Prosedur Saringan Suhu Badan
                     i.   Mewajibkan setiap  warga kerja  disaring oleh  petugas keselamatan  yang

                          dilengkapi dengan  Personal Protective Equipment  (PPE) iaitu  penutup
                          hidung dan mulut dan sarung tangan;
                     ii.   Memastikan setiap warga kerja dengan suhu badan 37.5°C atau lebih, tidak
                          dibenarkan masuk ke Pusat Pentadbiran MARA. Warga kerja berkenaan

                          hendaklah      melaporkan     kepada     PMP      dan    pelawat     hendaklah



                                                            2
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13