Page 92 - buku pengurusan smkj21
P. 92

5. MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
                       5.1 Guru Kelas perlu menyerahkan Fail Peribadi dan semua dokumen yang berkaitan dengan
                          murid kepada murid yang berpindah untuk rujukan pihak sekolah baru.
                       5.2 GPK HEM perlu memadam data pelajar dalam APDM dan mencatat sebab dan alasan berhenti
                          atau pertukaran sekolah.

                   6. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
                       6.1 Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:
                          a. Ketua Kelas
                          b. Penolong Ketua Kelas
                       6.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:
                          a) Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas
                          b) Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.
                          c) Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja guru
                          d) Inventori Kelas - ditampal pada pintu
                          e) Motto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas.
                          f) Misi & Visi Sekolah, Motto Sekolah, Etika Kelas, Sudut Mata Pelajaran, artikel
                              berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.
                       6.3 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
                          a) Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan
                              selamat digunakan.
                          b) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak.


                   7. DASAR PENGURUSAN DISIPLIN
                       7.1 Ponteng Sekolah
                           a) Murid  adalah  dianggap  ponteng  sekolah  sekiranya  tidak  hadir  sekolah  dan  tidak
                             membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
                           b) Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan dan hantaran surat kepada
                              ibubapa/penjaga.
                           c) Jadual penghantaran surat kes ponteng sekolah adalah seperti berikut:
                          Tindakan       Ponteng Berterusan       Ponteng Berkala / Tidak Berterusan
                          Amaran I       3 hari berturut-turut                 10 hari
                          Amaran II   7 hari selepas surat Amaran I   10 hari selepas surat Amaran I
                          Amaran III  7 hari selepas surat Amaran II   20 hari selepas surat Amaran II

                       7.2 Pas Keluar
                          a) Setiap kelas hendaklah mendapatkan dua keping pas kebenaran keluar daripada GPK
                              HEM pada awal tahun.
                          b) Mana-mana  murid  yang  ingin  keluar  kelas  untuk  ke  tandas,  berjumpa  guru  dan
                              sebagainya mesti mendapat kebenaran daripada guru mata pelajaran serta memakai
                              pas berkenaan.
                          c) Jika  pelajar  ingin  balik  rumah  atau  keluar  dari  kawasan  sekolah,  dia  dikehendaki
                              mendapat  kebenaran  daripada  Pengetua/Guru  Penolong  Kanan  dengan  mengisi
                              dalam Buku Rekod Kebenaran Keluar di pejabat dan menelefon kepada ibu bapa
                              untuk mengambil mereka.









                                                                                                           85
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97