Page 96 - buku pengurusan smkj21
P. 96
1.1 JAWATANKUASA KECIL PENGURUSAN KELAS
Pengerusi : Subri bin Ismail (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Mohd Karim bin Ismail (GPK HEM)
Setiausaha : Hasnah binti Mat Sarif
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Kelas
Tugas dan Tanggungjawab:
1. Pengurusan Bilik Darjah merujuk kepada semua tindakan guru semasa mengendalikan kelas
supaya dapat mewujudkan persekitaran kondusif untuk menggalakkan pembelajaran yang
berkesan.
2. Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan elemen-elemen pengurusan
iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal.
3. Meningkatkan pelibatan murid dalam PdP, mengurangkan masalah displin, dapat
mengoptimumkan masa proses PdP dengan mengambil berat tentang:
a. Iklim dan persekitaran bilik darjah
b. Komunikasi
c. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
d. Pengurusan Disiplin Murid
1.2 JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Pengerusi : Subri bin Ismail (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Mohd Karim bin Ismail (GPK HEM)
Setiausaha : Zulzilah binti Mohd Zain
Ahli Jawatan Kuasa : Kamarul Anuar bin Duli
: Abd Ghafar bin Shamsuddin
: Muhammad Noor bin Dollah
Tugas dan Tanggungjawab:
1. Jawatankuasa membincangkan peranan dan aktiviti yang penting dalam membangunkan
modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, keperibadian mulia,
berpengetahuan dan kemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.
2. Aktiviti yang ingin dihasilkan juga mesti membentuk modal insan yang mampu berfikir secara
kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang
baru dan mempunyai ketahanan.
3. Jawatankuasa perlu merancang, melaksanakan dan menilai Program Sahsiah Unggul Murid
(SUMUR) yang merangkumi Modul Berbudi Bahasa, Modul Mutadayyin, Modul Penampilan
Diri dan Modul Jati Diri untuk membentuk modal insan holistik dan berkeperibadian unggul.
89

