Page 97 - buku pengurusan smkj21
P. 97

1.3  JAWATANKUASA KECIL PENDAFTARAN, PERTUKARAN DAN

                             BERHENTI SEKOLAH


                       Pengerusi                           : Subri bin Ismail (Pengetua)
                       Timbalan Pengerusi                  : Mohd Karim bin Ismail (GPK HEM)
                       Setiausaha                          : Muhammad Asri bin Mohd Zin
                       Ahli Jawatan Kuasa                  : Semua Guru Kelas.

                       Tugas dan Tanggungjawab:
                       1.  Mengurus  pendaftaran  merangkumi  proses  pemakluman  permohonan,  pengesahan,
                           penerimaan borang penempatan dan pengurusan data murid.
                       2.  Mengurus pendaftaran murid dari sekolah bukan kerajaan/swasta/persendirian atau bukan
                           warganegara yang telah mendapat kelulusan penempatan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
                       3.  Mendaftar maklumat murid ke dalam Buku Kemasukan Sekolah.
                       4.  Memastikan setiap murid mendapat nombor daftar sekolah.
                       5.  Mengemaskinikan  data  murid  melalui  Aplikasi  Pangkalan  Data  Murid  (APDM)  dan
                           memasukkan nombor daftar sekolah.
                       6.  Menyemak  dan  mengumpulkan  semua  maklumat  murid  berkaitan  SPBT,  kebajikan  dan
                           bantuan.
                       7.  Mengurus  pertukaran  murid  merangkumi  proses  pengisian  dan  penyerahan  borang
                           pertukaran kepada ibu bapa/penjaga untuk diserahkan ke PPD.
                       8.  Mengumpulkan semula borang pertukaran yang telah diluluskan oleh PPD.
                       9.  Mengurus murid yang memohon berhenti atau tamat sekolah rendah merangkumi proses
                           permohonan, penyerahan fail murid dan juga pengeluaran sijil berhenti murid.  Mendapatkan
                           pengesahan akuan bebas hutang bagi murid yang memohon berhenti sekolah dan berpindah
                           keluar.
                       10. Mengurus nama murid yang bertukar dan berhenti sekolah dalam APDM dengan bantuan
                           Guru Admin APDM.
                       11. Bekerjasama dengan agensi luar KPM dalam urusan berkaitan pendaftaran murid cicir.



                       1.4   JAWATANKUASA KECIL BANTUAN DAN KEBAJIKAN

                       Pengerusi                           : Subri bin Ismail (Pengetua)
                       Timbalan Pengerusi                  : Mohd Karim bin Ismail (GPK HEM)
                       Setiausaha                          : Muhammad Noor bin Dollah
                       Ahli Jawatankuasa                   : Noorazlina binti Md Zahari
                                                           : Nurul Syazwani binti Che Wan
                                                           : Zulzilah binti Mohd Zain

                       Tugas dan Tanggungjawab:


                       (D1)  TUGAS UMUM JAWATANKUASA
                       1.  Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan.
                       2.  Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantuan kebajikan.
                       3.  Menyediakan  borang  permohonan,  mengumpul  dan  membuat  keputusan  melalui
                           mesyuarat.




                                                                                                           90
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102