Page 5 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH BPPS 2021
P. 5

i







                                              Assalamualaikum       warahmatullahi      wabarakatuh      dan
                                              selamat sejahtera.


                                              Transformasi pendidikan yang menjadi agenda utama
                                              kebanyakan negara pada masa ini bertujuan untuk
                                              meningkatkan kualiti pendidikan sedia ada (Hallinger &
                                              Bryant, 2014). Bersyukur saya ke hadrat llahi kerana
                                              dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Buku Panduan
                                              Pengurusan      Sekolah     (BPPS)     di   bawah     Program
                                              Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Jabatan Pendidikan
                                              Negeri Perak dapat diterbitkan dengan jayanya.

                                              Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah
                                              menggembleng       tenaga,   idea   dan    pandangan     untuk
                                              merealisasikan buku panduan ini. Buku ini merangkumi
                                              semua skop pengurusan sekolah bagi mencapai matlamat,
                                              visi  dan    misi   yang   dihasratkan    oleh    Kementerian
               Pendidikan Malaysia selaras dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang
               2 – Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid. Kandungan BPPS ini wajar diterjemahkan
               oleh barisan pemimpin sekolah menggunakan laras bahasa sekolah yang dapat
               memudahkan pemahaman serta pelaksanaan oleh warga pendidik. BPPS bukan
               sekadar menyeragamkan elemen malah sebagai penambahbaikan yang boleh
               membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan keilmuan pemimpin sekolah.


               Saya amat yakin dengan peningkatan kualiti dan keilmuan berkaitan dengan
               pengurusan mampu merancakkan proses kepentingan pelaksanaan (delivery) yang
               berterusan serta bertunjangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
               2013-2025 ke arah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Penerbitan ini juga
               diharap dapat memberi manfaat dalam menyediakan buku panduan pengurusan
               sekolah masing-masing.


               Usaha ini merupakan satu inisiatif dan tindakan proaktif Jabatan Pendidikan Negeri
               Perak yang dibangunkan oleh Unit Sekolah Jenis Khas di bawah Sektor Pengurusan
               Sekolah secara kolaboratif untuk menerbitkan buku ini sebagai panduan kepada PGB di
               bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) negeri Perak.


               Akhir kata, saya berharap agar penerbitan BPPS ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya
               dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan sekolah yang lebih efisien selaras
               dengan keperluan PPPM 2013-2025.




                  DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI, PCM.
                  Pengarah Pendidikan Negeri Perak
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10