Page 6 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH BPPS 2021
P. 6

ii






                  Assalamualaikum dan salam sejahtera.

                  Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana
                  dengan izin-Nya, Buku Panduan Pengurusan Sekolah
                  (BPPS) di bawah Program Transformasi Sekolah 2025
                  (TS25) ini berjaya diterbitkan sebagai panduan atau
                  rujukan    dalam     bidang    pengurusan,      kurikulum,
                  kokurikulum dan hal ehwal murid untuk pemimpin
                  sekolah    menyusun      program     dan    aktiviti  yang
                  bersesuaian dengan konteks iklim sekolah masing-
                  masing.

                  Semua warga pendidik khususnya para guru dan
                  anggota kakitangan sokongan perlu meneliti dan
                  memahami isi kandungan serta mengamalkannya.
                  Sebagai      penjawat       awam       adalah     menjadi
                  tanggungjawab kita bersama dalam melaksanakan
                  dasar dan arahan kerajaan, khususnya yang berkaitan
                  dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam
                  usaha ke arah transformasi dan pembaharuan sistem pendidikan ini, menjadi
                  fokus pihak sekolah untuk mengekalkan matlamat asas melahirkan guru yang
                  berkualiti dan kemenjadian murid. Bahkan ia menjadi pra syarat utama kepada
                  kejayaan untuk memajukan sekolah dan pada masa yang sama membina
                  masyarakat yang beradab seiring dengan perkembangan semasa.

                  Produktiviti  yang    digabungkan     dengan     kreativiti  serta  inovasi    mampu
                  melonjakkan kecekapan dan keberkesanan di sekolah khususnya dan institusi
                  pendidikan amnya. Sebagai tenaga pelaksana yang sangat penting marilah kita
                  sama-sama memupuk semangat bekerjasama, penuh rasa tanggungjawab,
                  berintegriti dalam menjayakan dan melaksanakan dasar-dasar Kementerian
                  Pendidikan Malaysia dengan penuh dedikasi.

                  Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
                  yang bekerjasama dalam penyediaan BPPS di bawah Program Transformasi
                  Sekolah 2025 (TS25) ini.




                  AZMI BIN DAHALI
                  Timbalan Pengarah Pendidikan
                  Sektor Pengurusan Sekolah
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11