Page 112 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 112

Membaca

                    Baca petikan di bawah dengan sebutan yang betul.



                                                   Laungan Merdeka


                    “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Gema laungan Bapa Kemerdekaan Malaysia,
                    Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka.
                      “Itulah  laungan  yang  menggegarkan  seluruh  pelosok  tanah  air  setiap  kali
                    menjelangnya detik 31 Ogos, Hari Kemerdekaan Malaysia,” kata ayah.                        6
                      “Ingat, Hana. Itulah laungan keramat. Jangan sekali-kali kamu musnahkan
                    harapannya. Sejak tahun 1957 lagi, laungan ini tidak berhenti bergema bagi
                    menandakan negara ini telah bebas daripada cengkaman penjajah. Kerajaan
                    telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah dan ideologi negara. Kini,
                    bendera kita dinamakan Jalur Gemilang. Ibu negara kita ialah Kuala Lumpur,”
                    tambah ayah lagi.
                      Tiba-tiba aku melihat mata ayah berkaca-kaca. Air matanya bergenang lalu
                    mengalir perlahan membasahi pipinya.
                      “Kenapa, ayah?” tanyaku yang keliru. “Kenapa ayah menangis?” tanyaku lagi.
                      “Tidak, Hana. Ayah bukannya menangis, tetapi terharu mengenangkan
                    kemajuan yang telah kita kecapi sehingga kini.”
                      “Habis tu, kenapa air mata ayah mengalir?” tanyaku lagi.
                      “Ayah tidak sangka begini pantas masa berlalu. Sudah lebih setengah abad
                    rupanya kita merdeka, nak. Hana, jagalah bumi ini baik-baik. Jangan sampai
                    tergadai ke tangan orang luar,” pesan ayah sambil memelukku erat.







                    1.  Bilakah negara ini menyambut Hari Kemerdekaan?
                    2. Mengapakah ayah Hana menangis?
                    3. Sebutkan kejayaan yang telah dikecapi oleh negara ini selepas merdeka.
                    4. Apakah pesanan ayah kepada Hana?
                    5. Apakah makna sebenar merdeka pada pandangan anda?













                       2.2.1                                                                                105
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117