Page 113 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 113

Menulis

                  Baca petikan di bawah. Lengkapkan ayat dengan menggunakan frasa nama
                  dan frasa kerja yang sesuai.



                                                 Aku Anak Malaysia

                  Aku berasa amat bangga menjadi rakyat Malaysia. Malaysia sebuah negara
                  yang aman dan damai. Rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Melayu,
           6      Cina, India, Iban dan Kadazandusun adalah antara kaum utama di negara

                  ini. Kami hidup penuh harmoni.
                    Aku  dibesarkan dalam  keluarga  yang sederhana. Ayahku  seorang
                  anggota polis, manakala ibuku seorang suri rumah. Kampung kelahiranku
                  ialah Tanjung Gading. Kampungku terletak di daerah Muar, Johor. Kawanku,
                  Morgan dan Chin Fei sering berkunjung ke rumahku pada waktu petang.
                  Kami sering bermain-main di halaman rumah yang berdekatan dengan
                  anak sungai.
                    Sesekali, aku teringat akan kampung halaman lebih-lebih lagi pada anak
                  sungai tempat kami bermain dahulu. Apabila ada peluang, aku, Morgan dan
                  Chin Fei akan bertemu di situ sambil berbual-bual tentang masa silam. Kami
                  berasa bangga kerana menjadi anak Malaysia yang hidup aman dan harmoni.


                                   Saya berasa bangga menjadi ____________.



                                                 Bapa saya ialah ___________, manakala
                                                 ibu saya ____________.

                                   Kaum utama di Malaysia terdiri daripada ____________,
                                   ____________, ____________, Iban dan Kadazandusun.


                                                     Saya, Hana dan Morgan akan
                                                     bertemu dan ____________.



                                   Kami berasa bangga menjadi  ____________.








                  Sebutkan nama rakan anda yang berlainan bangsa.


            106       3.4.1
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118