Page 15 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 15
Membaca
Baca kemudian fahami petikan di bawah.
Rumah Tradisional Melayu Melaka
Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang
Melayu. Rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dindingnya pula
diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh. Rumah tradisional ini juga
1 beratapkan rumbia, nipah atau kayu.
Antara rumah tradisional yang terdapat di Malaysia ialah rumah tradisional
Melayu Melaka. Rumah tradisional Melayu Melaka ini dibina dengan reka bentuk
warisan masyarakat Melayu dan mempunyai ciri-ciri yang unik.
Rumah ini mempunyai bumbung yang panjang dan bertangga batu.
Keunikan rumah tradisional Melayu Melaka terletak pada tangga batunya.
Tangga batunya mempunyai jubin yang bercorak. Halaman rumah tradisional
ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis pokok bunga.
atap rumbia
ukiran kayu
dinding kayu
tiang kayu
tangga batu jubin bercorak
Apakah keunikan yang terdapat pada rumah tradisional Melayu Melaka?
8 2.1.2

