Page 10 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 10

Membaca

                    Baca kemudian fahami maklumat di bawah. Cari maksud perkataan yang
                    berhuruf tebal.


                                   Jaga Kesihatan, Pilih Makanan Berkhasiat


                    Izalia sedang memikirkan makanan berkhasiat yang baru dipelajari. Dia ingin
                    mengamalkannya supaya sentiasa sihat dan cergas.
                                                                                                              1

                    Karbohidrat terkandung dalam nasi,                Protein terkandung dalam daging,
                    roti, pasta dan makanan yang berkanji.            ayam, telur dan ikan.



                   Lemak terkandung dalam bahan seperti             Vitamin terkandung dalam sayur-sayuran
                   mentega dan minyak masak.                        dan buah-buahan.



                  Mineral terkandung dalam makanan laut               Air terkandung dalam air kosong dan
                  seperti kerang, ketam, udang dan sotong.            jus buah-buahan.






                                 Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi enam
                                 zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan.



























                    1.  Berikan contoh makanan seimbang.
                    2. Mengapakah makanan seimbang penting?


                       2.1.1                                                                                 3
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15