Page 189 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 189

B Baca petikan di bawah. Jawab soalan yang diberikan.


                                               Pentingnya Menabung

                  Tabungan  bermaksud  mengasingkan  sejumlah  wang  daripada  pendapatan
                  yang diperoleh untuk kegunaan masa hadapan. Amalan menabung memang
                  berkait rapat dengan amalan berjimat cermat. Kita perlu mendidik diri kita
                  untuk menabung. Amalan menabung boleh memberikan manfaat kepada kita
                  dan keluarga. Dengan menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang
           9      simpanan ini boleh digunakan untuk membeli buku rujukan dan sebagainya.

                    Sebenarnya terdapat banyak cara untuk menabung. Antaranya menyimpan
                  duit belanja harian. Simpanan yang sedikit, lama-lama akan bertambah banyak.
                  Wang yang dikumpul boleh disimpan di bank. Terdapat pelbagai kemudahan
                  simpanan di bank seperti akaun simpanan, akaun semasa, akaun simpanan
                  tetap dan pelaburan.
                    Sesungguhnya amalan menabung sangat mulia dan banyak manfaatnya.
                  Amalan menabung dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti.


                    1.  Apakah yang dimaksudkan dengan menabung?
                     ______________________________________________________________.




                    2. Bagaimanakah cara seseorang itu boleh membuat tabungan?
                     ______________________________________________________________.




                    3.  Apakah faedah yang diperoleh melalui amalan menabung?
                     ______________________________________________________________.



                    4. Apakah jenis kemudahan simpanan yang ada di bank?
                     ______________________________________________________________.




                    5. Apakah yang akan berlaku jika kita tidak menabung?
                     ______________________________________________________________.









            182
   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194